permeable | telap | Pertanian | Tiada | Boleh ditembusi atau diresapi oleh bahan seperti cecair dan lain-lain. |
permeability | kebolehtelapan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keadaan sesuatu yang dapat diresapi atau ditembusi bahan. |
impermeable | tak telap | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Tidak dapat ditembusi atau diresapi air. |
damp-proof | tahan lembap | Teknik | Elektrik | Berkaitan dengan peralatan, alat tambah atau kabel yang tidak mudah dimasuki kelembapan. Peralatan tahan lembap biasanya dilindungi daripada lembapan dengan cara penutupan atau penebatan dengan bahan yang tidak mudah diresapi kelembapan, seperti sebatian asfalt. |
earthenware | tembikar tanah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang diperbuat daripada tanah liat mempunyai ciri-ciri tertentu. Terdapat dua kaedah penghasilan tembikar, iaitu secara jemuran matahari dan pembakaran dengan suhu antara 350� C hingga 1000�C. Tembikar tanah mudah diresapi air kerana mempunyai lubang yang banyak. Tembikar ini mempunyai dua ciri yang berbeza, iaitu berhias dan tidak berhias. Bahan asasnya juga melibatkan campuran dengan unsur asing untuk menguatkannya seperti pasir, pecahan cangkerang, sekam padi dan tembikar yang telah pecah. Contoh ini dijumpai di Gua Angin, Jerantut (Pahang). |