egoism | egoisme | Kesusasteraan | Tiada | Sikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego. |
self destruction | kemusnahan diri | Perubatan | Tiada | Tindakan yang memudaratkan diri sendiri, contohnya mencederakan diri sendiri. |
egomania | egomania | Kesenian | Drama dan Teater | Sifat atau perasaan watak dalam drama yang terlalu sayang akan diri sendiri dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja. Drama Hang Jebat Menderhakakarya Ali Aziz menampilkan Jebat sebagai seorang egomania. |
egocentric thought | pemikiran egosentrik | Psikologi | Psikologi Umum | Pemikiran yang lebih tertumpu kepada diri sendiri atau taksub diri. Menurut Piaget, pemikiran ini lebih menumpukan kepada keperluan atau hal-hal yang berkait dengan diri sendiri. |
self-concept | konsep kendiri | Komunikasi | Korporat | Kaedah seseorang memberi makna terhadap diri sendiri. Melalui kaedah ini, seseorang akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Kaedah ini digunakan sebagai rujukan untuk menjual barangan dalam pengiklanan. Watak dalam pengiklanan yang berfungsi sebagai pengguna diperlukan untuk membuat penilaian terhadap barangan yang berbeza berasaskan cara watak berkenaan bertindak balas dan memberi makna terhadap barangan tanpa dipengaruhi unsur lain. Pendekatan pengiklanan ini mengutamakan kewibawaan watak sebagai alat untuk meyakinkan khalayak dengan kepercayaan bahawa sekiranya watak mampu melakukan penilaian kendiri, bermakna watak mampu menilai perkara baik atau sebaliknya untuk diri sendiri. |
narcissism | narsisisme | Perubatan | Tiada | Cinta kepada diri sendiri. Keadaan ini biasanya diiringi dengan perasaan ghairah, berahi dan gejala erotisisme. |
self reinforcement | peneguhan kendiri | Pendidikan | Tiada | Memuji diri sendiri apabila telah mencapai matlamat. |
simulated autobiography | autobiografi bersimulasi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat diri sendiri yang ditulis dalam bentuk naratif. Periwayat dikatakan benar-benar wujud dan hidup dalam dunia nyata, padahal dia hanya watak fiksyen. Walau bagaimanapun, pembaca akan mengetahui bahawa karya tersebut suatu fiksyen kerana nama pengarangnya berlainan dengan nama periwayat dalam karya tersebut. Contohnya, dalam novel David Capperfield oleh Charles Dickens, watak David ialah periwayat rekaan dalam novel tersebut, sementara Charles Dickens ialah pengarang sebenarnya. |
introversion | introversi | Perubatan | Tiada | 1. Penghalaan minat pada diri sendiri, bukan pada objek luar.,2. Pemusingan ke dalam suatu organ. |
self reflection | refleksi kendiri | Pendidikan | Tiada | Tindakan menganalisis diri sendiri untuk perubahan kendiri. |