Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disalahgunakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diversion ratekadar pelenconganKejuruteraanTiadaKuantiti bahan nuklear khas yang disalahgunakan untuk tujuan persenjataan nuklear dalam jangka masa tertentu.
biosecuritybiokeselamatanPertanianAgroteknologiLangkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan bahan-bahan mikrobiologi daripada dicuri atau disalahgunakan oleh anasir yang tidak baik untuk mengancam kesihatan masyarakat. Sinonim biosekuriti.
marijuanamarijuanaPerubatanTiadaSejenis dadah yang terhasil daripada daun dan bunga pokok Cannabis sativa yang biasanya disalahgunakan untuk menimbulkan keadaan khayal. Marijuana diambil secara inhalasi atau oral dan menyebabkan euforia, ketawa yang tak terkawal dan gangguan deria rasa. Nama lain bagi marijuana ialah ganja dan kanabis. Sinonim ganja.
sensitive datadata sensitifTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerData bukan rahsia yang boleh mendatangkan kemudaratan atau kerugian, sekiranya data berkenaan disalahgunakan oleh pengguna hasad atau didedahkan akibat kecuaian pengguna biasa.
controlled drugubat terkawalPerubatanTiadaUbat yang memerlukan kawalan yang lebih ketat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mudah disalahgunakan. Di hospital, ubat ini disimpan di tempat yang khusus serta berkunci dan penggunaannya memerlukan rekod yang terperinci. Contoh ubat terkawal ialah Morphine dan Pethidine.
holelohongTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKelemahan, kerentanan, atau ketakteguhan yang terdapat pada sesuatu atur cara, perisian, atau sistem komputer. Lohong boleh disalahgunakan dan dieksploitasi untuk memberi capaian kepada perisian atau sistem komputer. Lohong yang ditemui biasanya didedahkan atau diumumkan untuk perhatian pembangun perisian supaya diperbaik.
benzodiazepinebenzodiazepinaKimiaForensikSekumpulan ubat yang digunakan dalam rawatan jangka pendek untuk merawat kerisauan dan insomnia. Bahan ini lebih selamat dan kurang disalahgunakan berbanding barbiturat. Contohnya, diazepam dan lorazepam.
leakage channelsaluran bocorTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerLaluan maya dalam suatu sistem yang wujud akibat kegoyahan atau kelemahan ciri keselamatan. Laluan ini boleh disalahgunakan untuk menyalurkan maklumat dengan cara yang tidak boleh dikesan oleh pengguna sistem.
negative acknowledgement attack (NAK attack)serangan pemberitahuan negatif (serangan NAK)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan yang melibatkan kod kawalan pengesahan negatif, iaitu kod NAK disalahgunakan untuk memproses capaian kepada sistem sasaran. Saluran NAK oleh komputer penerima biasanya memberitahu komputer penghantar bahawa maklumat yang diterima adalah tidak betul atau rosak. Serangan ini pula melibatkan pengeksploitasian kelemahan cara komputer penerima mengendali sehutan tersebut sehingga komputer penerima mungkin terdedah kepada pencerobohan.
malicious codekod hasadTeknologi MaklumatPerisianKod yang mempunyai fungsi yang merosakkan sistem komputer atau membenarkan pengaturcaranya mengawal serta memberi arahan kepada sesebuah komputer secara jauh. Kebanyakan kod hasad disalahgunakan untuk menyerang kelemahan yang ada pada sesuatu sistem, seterusnya menjangkiti sistem tersebut. Virus, cecacing, bot dan trojan adalah termasuk dalam kategori kod hasad dan merupakan ancaman yang perlu diawasi setiap masa.
123

Kembali ke atas