Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disambung

Puisi
 

Galah tak sampai disambung dua,
     Lancang tenggelam kita berenang;
Boleh jumpa dengan orang tua,
     Boleh abang kira meminang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Putus tali boleh disambung,
     patah arang mudah (= putus) sekali.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bank of capacitorbank pemuatTeknikElektrikSebilangan pemuat kecil yang digunakan dalam sesuatu litar, seperti dalam litar untuk pembetulan faktor kuasa. Jika pemuat-pemuat ini disambung selari, nilai pemuatnya bertambah tinggi dan jika disambung selari, nilai pemuatnya bertambah tinggi dan jika disambung bersiri ia boleh digunakan untuk voltan tinggi.
pulldown resistorperintang tarik bawahKejuruteraanTiada1. Perintang yang disambung kepada voltan negatif atau kepada bumi.,2. Perintang yang disambung kepada merentasi keluaran peranti atau litar untuk menetapkan keluaran sama dengan atau kurang daripada aras masukan 0 bagi peranti digit yang mengikuti.
furnace brazingpematerian relauKejuruteraanKejuruteraan MekanikKaedah menyambung bahan logam atau seramik menggunakan logam pengisi. Logam pengisi dicairkan dan mengalir masuk ke bahagian yang disambung melalui tindakan rerambut. Dalam kaedah ini, bahan yang disambung mesti dimasukkan ke dalam relau. Haba yang digunakan untuk memanaskan bahagian ini sehingga ke suhu pematerian diperoleh daripada pembakaran gas, kuasa elektrik atau punca lain. Suhu lebur logam pengisi mestilah lebih rendah daripada suhu lebur bahan yang disambung. Kaedah ini banyak digunakan dalam industri pembuatan komponen sistem pendingin udara kenderaan. Selain itu, kaedah ini juga digunakan untuk membuat komponen enjin kapal terbang, turbin gas dan peralatan marin. Kelebihan utama kaedah ini ialah kitar pemanasan boleh dikawal dan bahagian yang disambung adalah lebih bersih tanpa perlu pembersihan selepas proses pematerian.
series coilgegelung siriTeknikElektrik1. Gegelung yang disambung bersiri dengan punca bekalan. 2. Nama bagi gegelung medan mesin arus terus yang disambung sesiri dengan angker.
peripheralpersisianTeknologi MaklumatTiadaPeranti komputer yang disambung untuk meningkatkan dan mempelbagaikan keupayaan pemprosesan, input dan output komputer. Persisian biasanya merujuk kepada peranti luaran yang disambung melalui port. Contohnya seperti pemacu CD/DVD luaran, pencetak, tetikus, pengimbas, LCD projektor dan kayu ria. Lihat peranti I/O.
peripheralpersisianTeknologi MaklumatTiadaPeranti komputer yang disambung untuk meningkatkan dan mempelbagaikan keupayaan pemprosesan, input dan output komputer. Persisian biasanya merujuk kepada peranti luaran yang disambung melalui port. Contohnya seperti pemacu CD/DVD luaran, pencetak, tetikus, pengimbas, LCD projektor dan kayu ria. Lihat peranti I/O.
field discharge resistorperintang nyahcas medanTeknikElektrikPerintang yang disambung selari dengan belitan medan penjana. Perintang ini digunakan untuk membolehkan belitan itu menyahcas tanpa menaikkan voltan apabila suis litar medan dibuka. Biasanya litar ini disambung dengan suis dua kutub dua hala berserta bilah tambahan yang akan menyambungkan perintang apabila litar di belitan itu terputus.
shunt coilgegelung pirauTeknikElektrik1. Gegelung yang disambung selari dengan peranti lain dan menyebabkan arus terbahagi dua; sebahagiannya mengalir dalam gegelung dan sebahagian lagi ke dalam peranti. 2. Nama bagi gegelung medan mesin arus terus yang disambung selari.
wattmetermeter wattTeknikElektrikMeter untuk mengukur kuasa sebenar dalam litar elektrik. Gegelung tetap bagi meter watt jenis dinamometer disambung secara siri dengan bekalan, dan gegelung bergeraknya disambung secara selari dengan bekalan.
L networkrangkaian LFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanRangkaian terdiri daripada dua cabang bersiri dengan hujung bebas disambung kepada sepasang terminal dan titik simpangan serta satu hujung bebas lain disambung kepada sepasang terminal lain.
12345678910...

Kembali ke atas