Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disebut

Puisi
 

Ikan kukus tulangnya lembut,
     Tulang lembut jarang-jarang;
Kami belayar jangan disebut,
     Takut dilanggar batu karang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Lain teringat lain disebut;
     bertukar angguk dengan ilallah.

Bermaksud :

Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thaman musammaharga disebut/harga tersuratPerniagaan IslamTiadaHarga yang tersurat atau harga yang disebut semasa akad. Thaman musamma boleh menepati nilai sebenar, lebih rendah atau tinggi. Contohnya, harga yang disebut dalam akad lelongan atau harga yang tertera pada barangan di kedai. Dalam akad amanah seperti bai‘ murabahah, penjual dimestikan menyebut harga sebenar.
papilionaceouspapilonaseaBotaniTiadaBentuk korola bunga zigomorfik yang menyerupai rama-rama. Satu petal besar di hadapan disebut standard, dua petal sisi disebut sayap dan dua petal di dalam yang bercantum di bawahnya disebut tunas. Contohnya, pada bunga kacang panjang.
flowerbungaBiologiEkologiOrgan pembiakan dalam angiosperma, yang terdiri daipada sepal, petal, stil, stamen dan karpel. Paksi disebut pudung. Jika semua bahagian bunga wujud, bunga disebut lengkap, jika satu daripadanya tiada, bunga disebut tidak lengkap.
مهر المسمىmas kahwin disebutAgama IslamFiqhPemberian wajib yang disebut dalam akad nikah.
bar cutpotongan barPerikananTiadaPotongan yang dibuat pada bahagian mata pukat, yang disebut kaki. Setiap mata pukat mempunyai empat kaki dan empat ikatan atau titik. Potongan yang dibuat pada setiap kaki disebut potongan kaki dan potongan yang dibuat pada setiap ikatan disebut potongan titik. Potongan ini dilakukan untuk membentuk pukat seperti yang dikehendaki. Contohnya, potongan bar untuk membuat keroncong pukat.
enantiomerenantiomerKimiaTiadaIsomer imej cermin. Enantiomer tergolong dalam kelas umum yang disebut stereisomer dan merupakan isomer optik yang mengandungi satu atom karbon kiral atau lebih. Enantiomer yang memutarkan cahaya berkutub satah ke kanan disebut sebagai pendekstroputaran (d atau (+)) dan ke kiri disebut pelevoputaran (I atau (–)). Enantiomer terbahagi kepada dua konfigurasi D dan L yang bergantung pada kedudukan kumpulan yang terikat pada karbon kiral, iaitu konfigurasi-D jika kumpulan ini di sebelah kanan dan konfigurasi-L jika di sebalah kiri. Misalnya, gliseraldehid; L-gliseraldehid menunjukkan pelevoputaran dan D-gliseraldehid menunjukkan pendekstroputaran. CHO CHO ‌ ‌ HO–C* –H (L) H– C* – OH (D) ‌ ‌ CH2OH CH2OH Enantiomer
bolbolMuzikTiada

Silibal nemonik bagi pukulan dram dalam muzik India. Contohnya, pukulan kombinasi dua biji dram tabla disebut dha dhin. Pukulan dram tabla di sebelah kanan disebut ta tin, sementara pukulan tabla kiri disebut ge ghe ki.

gonadgonadBiologiGenetikOrgan yang menghasilkan gamet haiwan. Gonad jantan disebut testis dan gonad betina disebut ovari.
receptaclepudungBotaniTiadaStruktur pada hujung tangkai bunga tempat terletaknya bunga. Pudung disebut sebagai torus apabila terbentuk kon dan disebut hipantium apabila berbentuk mangkuk. Sinonim reseptakel.
atrioventricular valveinjap atrioventrikelPerikananTiadaInjap yang menghubungkan atrium dengan ventrikel. Injap kanan disebut injap trikuspid dan yang kiri disebut injap mitral atau injap bikuspid.
12345678910...

Kembali ke atas