Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disemai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autumn-sown cerealbijirin semaian musim luruhGeografiTiadaBijiran yang disemai pada musim luruh seperti gandum dan barli.
caring capacitykapasiti penyayangPerubatanTiadaKeupayaan mempunyai sifat penyayang yang perlu disemai di kalangan jururawat.
seed selectionpemilihan biji benihGeografiTiadaProses memilih biji benih berdasarkan gred-gred tertentu untuk disemai atau ditanam.
pregerminationprapercambahanPertanianAgronomi

Aktiviti mencambahkan biji benih di dalam medium atau air sebelum biji benih ditanam.  Air tersebut perlu sentiasa ditukar atau dibersihkan sehingga akar keluar daripada biji benih. Contohnya, biji benih padi direndam sehingga kelihatan akar putih keluar, kemudian disemai di tapak semaian.  Prapercambahan biji benih getah dan durian pula dilakukan dalam medium pasir yang sentiasa dilembapkan, sebelum disemai ke dalam polibeg. Prapercambahan bertujuan memilih biji benih yang bernas dan cergas.

branchingpencabanganPertanianAgronomi

Proses pengeluaran cabang daripada batang utama pokok. Pokok jenis dikotiledon biasanya akan mula mengeluarkan cabang apabila sampai ke satu peringkat tumbesaran. Contohnya, pokok durian akan bercabang setelah enam bulan disemai

planting bedBatas penanamanPertanianAgronomi

Kawasan tanah yang dibentuk 10 hingga 20 cm lebih tinggi daripada kawasan sekeliling dan digunakan sebagai tapak menanam tanaman, terutama sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Batas digemburkan dan diratakan sebelum tanaman disemai. Tujuan membuat batas adalah untuk memudahkan saliran air supaya tanaman tidak mengalami banjir dan memudahkan kawalan rumpai dan pembajaan. Saiz batas adalah mengikut saiz kawasan dan jenis tanaman. Contohnya, batas untuk penanaman sayur dibuat setinggi 15 cm dan lebarnya 90 cm. Panjang batas pula adalah mengikut keluasan tanah dan jarak antara batas, iaitu 60 cm.

seed soakingperendaman biji benihPertanianAgronomi

 Proses merendam biji benih sebagai persediaan proses penanaman. Contohnya, dalam penanaman padi, biji benih perlu direndam ke dalam air sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ditabur ke sawah. Perendaman bertujuan mempercepatkan percambahan apabila disemai.

seed nurserysemaian biji benihPertanianAgronomi

 Kemudahan seperti tapak, rumah lindungan dan sistem pengairan yang digunakan untuk menyemai biji benih. Kemudahan ini membolehkan anak benih dijaga dengan sempurna semasa tahap membesar. Apabila sesuai, anak benih dipindahkan ke ladang. Contohnya, anak benih padi disemai di tapak semaian, kemudian diubah pula ke sawah.


Kembali ke atas