black sheep | kambing hitam | Sejarah | Tiada | Seseorang yang tidak disenangi dan sering disalahkan apabila berlaku sesuatu perkara, di dalam satu kumpulan. |
positive psychology | psikologi positif | Psikologi | Psikologi Umum | Bidang baharu dalam psikologi kemanusiaan yang memberi tumpuan terhadap perkara yang disenangi oleh individu tanpa memberi perhatian kepada aspek negatif atau psikopatologi mereka. Bidang ini menumpukan perhatian kepada kualiti kehidupan yang lebih bermakna, gembira, optimistik dan kemampuan untuk bertahan terutamanya semasa dalam keadaan tertekan. Dalam kesukaran hidup, individu boleh menguruskan dirinya supaya dapat hidup secara bermaruah dan bermatlamat, mencari cara supaya dapat mempertingkatkan prestasi, motif dan keupayaan bukan sahaja dirinya tetapi juga keluarga serta masyarakatnya. |
conspiracy | konspirasi | Sejarah | Tiada | Pakatan sulit untuk tujuan negatif, biasanya berupa komplot untuk menghancurkan seseorang atau pihak berkuasa yang tidak disenangi. |
window dressing | hiasan luaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Hiasan luaran: Strategi pengurus dana yang merubah pegangan mereka dengan tujuan menunjukkan portfolio pelaburan yang disenangi oleh pemegang unit. Ini biasanya dilakukan pada akhir tahun, iaitu dengan menjual saham spekulatif dan membeli saham teguh. |
displacement mechanism | mekanisme pindah ganti | Psikologi | Psikologi Umum | Mekanisme bela diri yang digunakan oleh individu untuk menghindari rasa malu, marah, atau yang tidak disenangi dengan mengalihkan perasaan tersebut kepada gantiannya. Contohnya, pekerja yang dimarahi ketuanya di pejabat akan menghamburkan perasaan jengkelnya kepada sesiapa sahaja di rumah seperti isteri, anak-anak, pembantu rumah atau haiwan peliharaannya. Sinonim mekanisme pengalihan. |
dissonance theory | teori disonans | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang menyatakan bahawa apabila individu menyedari ketidaktekalan wujud dalam dirinya, maka kecenderungan untuk berubah adalah tinggi. Teori yang diasaskan oleh Leon Festinger (1956) ini juga merujuk kepada disonans kognitif yang akan menimbulkan keadaan yang tidak disenangi dan tegang apabila wujud pertentangan antara sikap dengan tingkah laku. Contohnya, perokok akan mengalami disonans apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser paru-paru. Keadaan ini akan memotivasikan individu tersebut supaya mengubah kognisinya untuk mengurangkan atau menghapuskan disonans tersebut bagi mengelakkan situasi yang tidak disenangi atau tidak dapat ditanggung. |
ego-ideal | keunggulan ego | Psikologi | Psikologi Umum | Sikap ego yang berkait dengan identifikasi diri individu dengan ibu bapanya yang penyayang dan sentiasa menyakinkan. Ego ini merupakan tingkah laku yang disenangi atau diingini. |
negative reinforcement | peneguhan negatif | Psikologi | Psikologi Umum | Tindakan menarik faedah yang akan diperoleh supaya individu meneruskan tingkah laku yang dikehendaki. Setiap individu biasanya akan mengulangi tingkah laku yang dapat mengelakkan atau mengurangkan keadaan yang negatif. Dalam konteks ini, sesuatu yang ditarik daripada subjek adalah rangsangan atau perkara yang tidak disenangi. Contohnya, ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-mekik. Walau bagaimanapun, peneguhan negatif berbeza daripada dendaan kerana tindakannya akan meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki. |
ambiguity | ambiguiti | Kesusasteraan | Tiada | Penjamakan makna yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Perkataan, frasa, ayat atau idea boleh memiliki atau menghasilkan lebih daripada satu maksud atau berbilang maksud, sehingga maksudnya yang sebenar menjadi kabur atau tidak dapat dipastikan dengan tepat. Pada awal perkembangannya, kehadiran ambiguiti khususnya dalam puisi tidak disenangi oleh kebanyakan penulis kerana menimbulkan kekaburan. Namun, Willian Empson dalam bukunya Seven Types of Ambiguity (1930) mengatakan bahawa kehadiran ambiguiiti dalam puisi dalam kewajarannya. Ambiguiti dikatakan dapat memperluas cakupan maksud sesebuah puisi kerana kehadirannya memungkinkan pembaca mentafsirkan pelbagai lapisan makna dalam puisi tersebut. Ambiguiti dalam bahasa Latin bermaksud �berubah-ubah� atau �tidak pasti�. Ambiguiti dikenali juga sebagak �ketaksaan�. |
Berlin Congress | Kongres Berlin | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kongres yang diadakan di Berlin pada tahun 1878, dihadiri oleh wakil tujuh negara, iaitu Jerman, Austria, British, Itali, Perancis, Rusia dan Empayar Uthmaniyah (Turki). Kongres ini diadakan bagi meninjau kembali syarat-syarat Perjanjian Damai San Stefano antara Rusia dengan Empayar Uthmaniyah (Turki) yang dimeterai pada tahun 1878. Perjanjian Damai San Stefano ditandatangani bagi menamatkan peperangan antara Rusia dengan Turki (1877�1878). Perjanjian ini dianggap berat sebelah dan merugikan Turki. Melalui perjanjian ini Bulgaria lahir sebagai negara baru dan pengaruh Rusia semakin meluas. Keadaan ini tidak disenangi oleh pihak British dan Austria. Ekoran perkembangan ini, Kongres Berlin dianjurkan dan dipengerusikan oleh Bismarck. Kongres Berlin membuat resolusi seperti yang berikut: i. Montenegro, Serbia dan Romania diiktiraf sebagai negara merdeka; ii. Bulgaria diletakkan di bawah pengaruh Turki; iii. Wilayah Rumelia Timur diletakkan di bawah autonomi Turki. Walau bagaimanapun, wilayah ini ditadbir oleh |