Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disepakati


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
synoptic hourwaktu sinoptikMeteorologiMeteorologi PerhubunganWaktu (UTC) yang disepakati di peringkat antarabangsa untuk melakukan pencerapan meteorologi secara serentak di seluruh dunia, seperti pada 0000, 0600, 1200, dan 1800 UTC.
negotiated learningpembelajaran rundingPendidikanTiadaPembelajaran berasaskan perjanjian yang telah disepakati oleh pelajar dan guru.
literary convensionkonvensi sasteraKesusasteraanTiadaAlat atau tatacara sastera yang dipersetujui dan disepakati bersama oleh pengarang dan pembaca, termasuklah penerimaan pembaca bahawa setiap bentuk karya mempunyai ciri-ciri yang khusus. Konvensi sastera juga merujuk kepada fitur-fitur khusus seperti tema, watak, bentuk dan teknik yang wujud berulang kali dalam karya sastera.
aerial navigationpengawasan ruang udaraSains PolitikHubungan AntarabangsaKawalan terhadap hak ruang udara sesebuah negara. Hak tersebut telah disepakati dalam Konvensyen Paris pada tahun 1919. Konvensyen tersebut telah menetapkan bahawa setiap negara mempunyai kedaulatan terhadap ruang tanpa batas ketinggian. Sekiranya pesawat negara asing mendarat di sesebuah negara, negara tersebut mempunyai hak membuat pemeriksaan terhadap pesawat tersebut. Selain itu, lalu lintas udara juga dibuat melalui kerjasama dua atau pelbagai negara.
code tablejadual kodMeteorologiMeteorologi PerhubunganJadual yang menunjukkan hubungan antara pelbagai nilai atau ciri unsur-unsur meteorologi dengan huruf atau angka kod yang disepakati di peringkat antarabangsa. Jadual ini digunakan untuk mengekod dan menterjemah kod utusan.
ahkam Islamhukum IslamPerniagaan IslamTiadaPerintah, suruhan atau larangan yang ditujukan kepada manusia. Hukum Islam ialah syariat Allah yang meliputi hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sumber hukum Islam yang disepakati ialah al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak dan qias.
ithbat hukmpenetapan hukumPerniagaan IslamTiadaPenentuan hukum terhadap perbuatan atau perbualan individu, yang berkaitan dengan urusan sesama manusia atau Allah s.w.t. Penetapan hukum adalah wajib, haram, harus, sunat atau makruh berdasarkan dalil syarak, sama ada disepakati atau sebaliknya.
murabahah contractakad murabahahEkonomiEkonomi IslamPerjanjian jualan antara penjual, biasanya institusi kewangan dengan pembeli, iaitu penjual membeli terlebih dahulu sesuatu barangan dan menjualnya semula kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi. Harga jualan ini termasuk kos pembelian dan keuntungan. Pembayaran akan dibuat oleh pelanggan dalam suatu tempoh yang disepakati, sama ada sekali gus atau ansuran. Pelanggan harus mengetahui harga belian dan keuntungan.
international agreementperjanjian antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLangkah atau instrumen yang dilakukan oleh negara atau entiti lain yang mempunyai personaliti perundangan di bawah undang-undang antarabangsa. Perjanjian antarabangsa juga boleh disamakan dengan triti yang merupakan sumber perundangan penting undang-undang antarabangsa. Perjanjian ini digunakan untuk mengikat pihak yang membuat perjanjian supaya setiap perkara yang dinyatakan dalam perjanjian dipatuhi. Perjanjian ini juga berguna bagi memastikan setiap hak dan tanggungjawab yang telah disepakati dilaksanakan seperti dalam perjanjian tersebut. Berdasarkan prinsip pacta sunt servanda, perjanjian antarabangsa bersifat mengikat.
ex aequo et bonoex aequo et bonoUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKuasa mahkamah atau tribunal untuk membuat keputusan berdasarkan �apa yang betul dan baik� atau �daripada ekuiti dan hati nurani�. Dalam hal ini, seseorang hakim misalnya boleh mengetepikan peraturan undang-undang yang ketat dan memutuskan sesuatu pertikaian berdasarkan rasa keadilannya (hati nurani) dan kebenaran, atau sesuai dengan apa yang dianggap sebagai adil. Perkara 38 Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberi kuasa kepada mahkamah antarabangsa itu untuk membuat keputusan berdasarkan apa yang betul dan baik, tetapi hanya jika disepakati oleh pihak yang bersengketa.

Kembali ke atas