Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diserahkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
guaranteed pawned itembarang gadaian terjaminEkonomiEkonomi IslamBarang yang belum diserahkan kepada pemilik yang dijadikan barang gadaian. Barang gadaian ini terdiri daripada barang yang terjamin, iaitu barang yang akan menjadi milik orang lain setelah diserahkan dan perlu diserahkan (dalam jaminan) kepada pemilik baharu tersebut tetapi masih berada di tangan pemilik asal. Contohnya, mahar yang masih di tangan suami atau wang tebusan khuluk yang masih di tangan isteri. Gadaian barang terjamin adalah harus kerana penggadai walau apa pun keadaan tetap perlu menyerahkan barang tersebut kepada pemilik baru.
product distribution in sequenceagihan keluaran bergiliranEkonomiEkonomi IslamKaedah pengagihan keluaran tanaman berdasarkan giliran mengikut musim. Contohnya, keluaran tanaman musim pertama diserahkan kepada pemilik tanah dan pada musim kedua pula keluaran tanaman diserahkan kepada pengusaha. Kaedah agihan ini dianggap tidak sah mengikut hukum syarak kerana akan mewujudkan unsur gharar dan penipuan.
checking copysalinan buktiKomunikasiKorporatSalinan iklan yang telah tersiar atau diterbitkan sebagai bukti pengesahan pelaksanaan akaun. Salinan ini diserahkan oleh pihak penerbitan majalah, akhbar dan sebagainya kepada agensi pengiklanan untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada pihak agensi pengiklanan, bahawa tanggungjawab penerbitan seperti yang diarahkan telah pun dilaksanakan. Selain salinan tersebut, disertakan juga maklumat mengenai nama, tarikh, masa, dan halaman atau kedudukan ruang dalam siaran atau penerbitan. Sesetengah agensi atau syarikat hanya membuat pembayaran iklan setelah salinan bukti siaran dan penerbitan diserahkan oleh pengiklan. Selain itu, salinan bukti juga disimpan sebagai dokumen rujukan untuk keperluan perancangan strategik pemasaran pada masa akan datang. Bukti ini perlu bagi memastikan proses pembayaran upah dapat dilakukan.
hadiyyahhadiahPerniagaan IslamTiadaHarta yang diserahkan kepada pihak lain sebagai penghormatan atau penghargaan. Contohnya, barangan diberi kepada kakitangan syarikat yang mempunyai prestasi yang cemerlang.
sadaqahsedekahPerniagaan IslamTiadaHarta yang diserahkan secara wajib atau sukarela kepada pihak lain untuk membantu pihak berkenaan dengan mengharapkan pahala daripada Allah. Contohnya, zakat, pemberian kepada mangsa banjir atau orang kurang upaya, atau derma tabung masjid.
item to be submitted to the custom through the postbarang untuk diserahkan kepada kastam melalui posPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
concessionkonsesiPerhutananPengurusan HutanSuatu kawasan pembalakan yang diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada orang perseorangan, agensi atau syarikat untuk diusahahasilkan.
respite carejagaan respitGerontologiTiadaPerihal tugas penjagaan yang diserahkan sementara kepada individu atau institusi lain.
photometerfotometerKejuruteraanPolimerAlat yang mengukur keamatan cahaya yang diserahkan oleh larutan polimer dengan berdasarkan sudut serakan.
discounting billbil diskaunPentadbiranTiadaBil pertukaran boleh niaga yang diserahkan kepada pihak bank sebelum tempoh matang.
1234567

Kembali ke atas