dysuria | disuria | Perubatan | Tiada | Pengeluaran urin atau air kencing yang sukar dan sakit. |
dysuria | disuria | Perubatan | Tiada | Rasa nyeri semasa kencing, biasanya disebabkan jangkitan atau batu karang pada pundi kencing atau uretra. |
dysuria | disuria | Gerontologi | Tiada | Kesukaran atau kesakitan semasa membuang air kencing. |
dysuria | disuria | Perubatan | Tiada | Kesukaran atau kesakitan semasa kencing. |
acute pyelonephritis | pielonefritis akut | Perubatan | Tiada | Inflamasi akut pada pelvis dan tisu parenkima ginjal yang dicirikan oleh kesakitan pada loin dan disuria. |
urethral syndrome | sindrom uretra | Perubatan | Tiada | Gejala yang menunjukkan gangguan pada uretra, yang bukan disebabkan sebarang jangkitan. Antara gejalanya termasuklah kesakitan dan kekejangan suprapubis, kekerapan pengeluaran kencing dan sakit pundi kencing, seperti disuria, tenesmus urinari dan sakit pinggang. |
savin oil poisoning | keracunan minyak savin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan minyak savin, iaitu bahan yang digunakan sebagai antireumatik dan abortifasien. Bahan ini sangat merengsakan semua tisu. Tanda utama keracunan akut ialah muntah dan kegagalan peredaran darah. Gejala akibat pengingesan ialah pedih abdomen, loya dan muntah, cirit-birit, disuria, hematuria, tidak sedar, sesak nafas, dan konvulsi. Gejala akibat penyedutan ialah pening, pernafasan cetek yang cepat, takikardia, kerengsaan bronkus, dan tidak sedar atau konvulsi. Penemuan makmal menunjuk.kan air kencing mungkin mengandungi hemoglobin, sel darah merah, protein, kas, dan paras gula turun; anemia mungkin terjadi. Penemuan patologi dalam keskematian akibat pengingesan termasuk kemerosotan buah pinggang dan kesesakan teramat dan edema dalam paru-paru, otak dan mukosa gaster. |
naphthalene poisoning | keracunan naftalena | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan naftalena (formula kimia, C10H8) , iaitu bahan yang terdapat dalam ubat gegat, dan merupakan bahan kimia paling berbahaya bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah. Gejala keracunan termasuk loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, spasma otot, dan konvulsi. Tanda utama keracunan ialah hemolisis, demam kuning, dan konvulsi. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, oliguria, hematuria, anemia, demam kuning dan disuria, diikuti dengan oliguria atau anuria. Dalam keracunan lebih serius, konvulsi dan koma mungkin berlaku. Keracunan kronik akibat pengingesan menunjukkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Kesan setempat akibat kegunaan naftalena berterusan mungkin menyebabkan dermatitis yang dicirikan dengan kulit menjadi gatal, kemerahan, bersisik, berair, dan berkuping. Jika terkena mata, bahan ini menyebabkan kerengsaan dan kecederaan komea. Penemuan makmal menunjukkan bilangan sel darah merah ialah 20% - 40% dari normal. Bilangan sel darah put |
nitrobenzene poisoning | keracunan nitrobenzena | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada nitrobenzena (formula kimia, C6H2NO2), iaitu cecair berminyak berwarna kuning pucat yang digunakan dalam penggilap kasut, sabun, minyak wangi, dan perisa buatan. Pendedahan dalam industri berlaku akibat penyedutan wasap atau penyerapan kulit. Gejala keracunan termasuk sakit kepala, mengantuk, loya, hilang kawalan otot, warna kulit kebiruan, dan dalam kes teruk, kegagalan pernafasan. Dos parah ialah 700 mg/kg, dan had pendedahan ialah I ppm. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan menyebabkan sianosis, sakit kepala, sesak nafas, pening, kekeliruan, tekanan darah turun, kelesuan, stupor, konvulsi, koma, dan kemungkinan mati jika aras metemoglobin 70% atau lebih. Demam kuning, disuria, dan anemia mungkin dialami kemudian. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit mungkin mempengaruhi sistem saraf, hati, buah pinggang, dan sumsum tulang. Gejalanya ialah hilang berat badan, anemia, |