full-run sponsorship | penajaan halaman penuh | Komunikasi | Korporat | Salah satu jenis penajaan ruang akhbar atau majalah. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Kos keseluruhan penajaan halaman penuh biasanya ditanggung oleh sebuah syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini syarikat berhak terhadap halaman akhbar atau sesuatu keluaran majalah yang ditaja. Syarikat ini juga berhak menentukan kedudukan halaman untuk penerbitan iklannya. Terdapat juga penaja halaman penuh yang berpengaruh dalam menentukan nilai dan pengisian kandungan halaman yang ditaja. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya diisi dengan berita atau kandungan yang mempunyai pengaruh atau dijangka boleh mendapat perhatian masyarakat. Dalam kedudukan sebegini, pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan sidang media mengenai isu atau penerbitan yang ditaja bersama pihak penerbit. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya bertepatan dengan sesuatu peristiwa utama negara atau hari-hari signifikan kepada organisasi dan dunia. Penaja hal |
full-program sponsorship | penajaan program penuh | Komunikasi | Korporat | Salah satu jenis penajaan penyiaran rancangan radio dan televisyen. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Program penajaan penuh dilakukan sepenuhnya oleh syarikat pengiklanan secara bersendirian. Melalui kaedah ini, syarikat mempunyai hak terhadap ruang masa siaran dan kedudukan siaran iklan. Adakalanya, pihak agensi pengiklanan mempunyai pengaruh dalam menentukan pengisian kandungan rancangan yang ditaja. Rancangan yang ditaja penuh biasanya terdiri daripada rancangan yang mendapat sambutan atau dijangka mendapat sambutan baik oleh khalayak. Pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan majlis sidang media mengenai rancangan yang ditaja penuh biasanya disiarkan pada masa perdana. Para penaja kerap terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain. |
advocacy advertising | periklanan tunjangan | Komunikasi | Tiada | Periklanan yang memperjuangkan isu-isu kepentingan awam. Biasanya, iklan ini ditaja oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan awam untuk menyatakan sesuatu idea atau tindakan seperti mengiklankan perutusan yang mengajak pengguna terlibat dalam kempen inflasi sifar. |
Fannie-Mae | Fannie Mae | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nama persatuan gadai janji nasional di Amerika Syarikat yang ditaja oleh kerajaan bagi tujuan menjalankan perniagaan membeli instrumen gadai janji. |
NSFnet (national science foundation network) | NSFnet (rangkaian yayasan sains kebangsaan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian tulang belakang yang ditaja dan diselaraskan oleh yayasan sains kebangsaan Amerika Syarikat. Dahulunya menjadi rangkaian tulang belakang Internet. |
international hydrological decade (ihd) | dekad hidrologi antarabangsa | Hidrologi | Tiada | Sepuluh tahun (1965-1974) aktiviti hidrologi antarabangsa yang giat dilancarkan dan ditaja oleh UNESCO dalam rangka kerjasama dengan agensi U.N. yang lain. |
public service advertising | pengiklanan khidmat awam | Komunikasi | Korporat | Pengiklanan yang mesejnya berfokus kepada menjaga kepentingan atau kebajikan awam dan bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Penyiaran maklumat yang dihasilkan dan disiarkan, selalunya menggunakan format pengiklanan biasa yang ditaja oleh sesebuah syarikat atau organisasi korporat. Organisasi ini masih perlu membayar masa dan ruang iklan di media cetak atau media elektronik. Contohnya, iklan yang membawa mesej perpaduan atau kempen berbudi bahasa yang ditaja oleh sebuah syarikat minyak atau kewangan. |
Bay of Pigs Invasion | Serangan Bay of Pigs | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Cubaan untuk menggulingkan kerajaan Cuba pimpinan Fidel Castro oleh pemimpin buangan yang ditaja oleh Amerika Syarikat. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1961 ekoran ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan rejim Castro. Ketegangan hubungan kedua-dua negara memaksa Presiden Dwight D. Eisenhower memutuskan hubungan diplomatik dengan Cuba pada bulan Januari 1961. Sementara itu, ejen Perisikan Pusat Amerika (CIA ) telah melatih pejuang antirevolusi Cuba yang berada dalam buangan untuk melancarkan penaklukan terhadap Cuba. Rancangan penaklukan ini telah disokong oleh Presiden John F. Kennedy yang menggantikan Eisenhower pada 17 April 1961. Lebih kurang 1300 pejuang dalam buangan yang dilengkapkan dengan senjata Amerika Syarikat mendarat di Bay of Pigs di Selatan Cuba. Penaklukan ini gagal mendapat sokongan rakyat tempatan dan berjaya dipatahkan oleh tentera Castro pada 19 April 1961. |
audit bureau of circulations (A.B.C.) | biro audit pengedaran | Komunikasi | Tiada | Organisasi yang mengaudit jumlah pengedaran akhbar dan majalah. Perkhidmatan terpenting organisasi ini ialah menyediakan piawaian mutu pemberitaan dan jumlah pengedaran media cetak. Penubuhan organisasi ini ditaja oleh para penerbit. |
co-sponsor | penaja bersama | Komunikasi | Korporat | Pendekatan aktiviti penajaan untuk sesuatu acara, kempen, atau projek yang dilakukan secara bersama oleh beberapa syarikat. Penaja bersama juga boleh menanggung kos keseluruhan secara perkongsian. Setiap syarikat boleh menyumbang sesuatu bahagian perbelanjaan aktiviti yang ditaja. Jenis penajaan yang kerap digunakan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum dan pengangkutan, atau menguruskan perolehan tetamu, artis dan pakar yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Pendekatan penaja bersama turut diamalkan dalam aktiviti penajaan iklan dalam media cetak atau elektronik. |