virtual function | fungsi maya | Teknologi Maklumat | Tiada | Fungsi yang ditakrifkan dalam kelas asas tetapi ditakrifkan semula sebagai terbitan dari kelas asas tersebut. |
base units | unit asas | Mekanik | Gunaan | Unit ukuran yang ditakrifkan secara sebarangan untuk mengukur sifat fizikal asas bagi jirim. Misalnya, dalam sistem antarabangsa, S.I., unit ‘meter’ ditakrifkan sebagai 1 650 763.73 jarak gelombang cahaya yang dihasilkan daripada garis jingga-kuning spektrum kripton-86, dan semua unit panjang dirujukkan pada ukuran piawai ini. Dalam ilmu mekanik, terdapat empat kuantiti asas, iaitu jisim, panjang, masa dan daya – kuantiti ini diukur melalui tiga unit asas, iaitu kilogram, meter dan saat. Lihat juga sistem unit antarabangsa, unit terbitan. |
derived units | unit terbitan | Mekanik | Gunaan | Unit ukuran yang bukan salah satu daripada unit-unit asas yang ditakrifkan secara sembarangan. Dalam Sistem Antarabangsa, misalnya, semua unit, selain tujuh unit asas yang telah ditakrifkan, merupakan unit terbitan. Misalnya, unit newton untuk mengukur daya diterbitkan daripada unit asas kilogram dan unit terbitan meter-saat-2. |
cross product | hasil darab silang | Mekanik | Gunaan | Hasil darab bagi dua vektor, A dan B, yang ditakrifkan oleh hubungan, A x B = AB kos θ n dengan θ sebagai sudut di antara dua vektor berkenaan dan n pula vektor unit yang normal ke satah yang mengandungi A dan B. AB kos θ ialah magnitud vektor hasil darab tersebut dan n mewakili arah dan hala vektor itu. Hala n ditentukan melalui peraturan tangan kanan. Hasil darab silang kerap digunakan dalam ilmu mekanik untuk menentukan momen sesuatu daya, terutamanya bagi kes 3-D. (Momen M bagi daya F di sekitar paksi yang tertentu ditakrifkan sebagai M = r x F, dengan r sebagai vektor kedudukan sebarang titik pada garis tindakan F, diukur dari paksi berkenaan). Hasil darab ini juga dinamai hasil darab vektor. Lihat juga peraturan tangan kanan. |
leakage factor | faktor kebocoran | Geografi | Tiada | ditakrifkan sebagai hasil darab punca kuasa dua keterusan akuifer utama dan lapisan separa menekan yang terdapat di atas atau di bawahnya. |
momentum | momentum | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kuantiti yang ditakrifkan sebagai jisim darab halaju yang diungkapkan sebagai M = mu, dengan M = momentum, m = jisim, u = halaju. |
vorticity | vortisiti | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Vektor yang ditakrifkan sebagai W = �x U = ikal U, dengan W = vortisiti (s-1), � = pengendali Laplacean (m-1), U = vektor halaju (m/s), x = pengendali silang. Setiap komponen vortisiti bersamaan dengan � halaju sudut bendalir. Secara fizikal, vortisiti ialah bilangan putaran bendalir per unit masa. Vortisiti dimajukan sebagai satu kaedah untuk menggabungkan persamaan gerakan yang berketumpatan, berkelikatan, dan berkomponen graviti yang malar dengan persamaan selanjar kepada satu persamaan yang lebih tinggi tertibnya. Penggunaan konsep vortisiti tidak terhad kepada sistem dua matra sahaja sebagaimana penggunaan konsep fungsi arus. Oleh itu, vortisiti ialah pembaikan konsep fungsi arus. |
darcy | darcy | Hidrologi | Tiada | Unit ketelapan hakiki, ditakrifkan sebagai ketelapan sesuatu medium yang cecair di dalamnya berkelikatan dinamik 1 sentipois meluahkan 1 cm3 .s-1 melalui suatu keratan rentas 1 cm2, di suatu gradien yang normal kepada keratan 1 At/cm. |
policy evaluation | penilaian dasar | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Ditakrifkan sebagai suatu perkara yang amat penting demi menjamin kecemerlangan dan kejituan pelaksanaan sesuatu dasar awam. Ianya melibatkan empat tahap penilaian yang menjadi tunjang keefisienan sesuatu dasar yang dilaksanakan. Tahap-tahap tersebut ialah Penilaian Tahap Pengenalan Masalah (tahap mengenalpasti masalah dan factor penyebab kepada sesuatu isu), Penilaian Tahap Penerimaan Dasar (Fokus kepada analisis faedah, kos, kesan politik, ekonomi,kesan social dan moral sesuatu dasar terhadap kesejahteraan awam), Penilaian Tahap Pelaksanaan Dasar (Proses pemantauan maklumat tentang operasi dasar oleh golongan pelaksana dasar diteliti oleh eksekutif yang bertanggung jawab bagi memperbaiki keberkesanan dan keefisienan gaya pelaksanaan) dan Penilaian Tahap Pasca Pelaksanaan (Proses menilai faedah dan kesan keseluruhan selepas tamat tempoh pelaksanaa sesuatu dasar). |
thermal climate | iklim terma | Sains | Hidrometeorologi | Iklim yang ditakrifkan oleh suhu dan dibahagikan berdasarkan wilayah menjadi zon-zon suhu. |