Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditawan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
K-captureK-tawananFizikAtom dan NuklearElektron yang berada dalam orbitan petala-K yang ditawan oleh nukleus atom yang sama supaya nukleus atom tersebut menjadi lebih stabil. Tawanan ini menurunkan satu unit nombor atom kerana elektron yang ditawan mengubah satu proton nukleus kepada satu neutron.
free-bound emissionpancaran bebas ikatMatematikTiadaSinaran yang dipancarkan apabila satu elektron bebas ditawan oleh satu ion.
crusadeperang salibSejarahTiadaPeperangan yang berlaku antara tentera Kristian Eropah Zaman Pertengahan dengan tentera Islam untuk menawan semula tanah suci mereka yang ditawan oleh orang-orang Islam.
electron capture decayreputan tawanan elektronFizikAtom dan NuklearPereputan yang diikuti dengan tawanan elektron orbitan oleh nukleus. Dalam proses ini elektron orbitan dalaman ditawan oleh nukleus dan diikuti dengan pembebasan sinar gama atau sinar-X apabila kekosongan elektron ini diisi semula oleh elektron orbital luaran. Contohnya, pereputan radioaktif berilium-7 kepada litium-7 menerusi tawanan elektron. Skema pereputan berilium-7 ditunjukkan pada gambar rajah. Dalam rajah ini pereputan secara terus kepada keadaan asas adalah sebanyak 89.7% sementara peratus pereputan tawanan elektron sebanyak 10.3% dengan pembebasan sinaran gama.
electron capturetawanan elektronFizikAtom dan NuklearProses perubahan satu nukleus kepada nukleus yang lain menerusi penyerapan elektron orbitan oleh nukleus tersebut. Nombor jisim atom tidak berubah tetapi nombor atom mengurang sebanyak satu. Biasanya elektron yang ditawan adalah daripada petala K-, L-, …
military governmentpemerintahan tenteraSains PolitikHubungan AntarabangsaPemerintahan ke atas kawasan musuh di bawah pendudukan tentera. Amalan kerajaan tentera ini telah dipiawai semasa Persidangan Hague pada tahun 1899 dan 1907. Amalan ini telah menjadi sebahagian daripada undang-undang peperangan. Terdapat banyak wilayah yang berada di bawah kerajaan tentera semasa dan selepas Perang Dunia Kedua. Semasa perang, Jerman mentadbir kawasan yang ditawan melalui Kommandaturen atau beberapa ibu pejabat kerajaan tentera. Pihak kerajaan tentera Jerman kerap kali melanggar undang-undang yang ditetapkan di Persidangan Hague dahulu. Di Jepun, kerajaan tentera yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua ialah tanggungjawab Amerika Syarikat. Kerajaan ini berakhir pada tahun 1951 selepas perjanjian keamanan ditandatangani oleh Jepun. Berikutan pengalaman Perang Dunia Kedua, satu konvensyen yang merangkumi pendudukan tentera ditandatangani di Geneva pada tahun 1949. Kini, kawasan yang berada di bawah pendudukan tentera ialah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di bawah pemerintahan tentera Israel
adverse distinctionperbezaan bertentanganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan membezakan sesuatu golongan dengan golongan yang lain atas dasar bangsa, warna kulit, agama, jantina, kekayaan atau kriteria lain. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa melarang perbuatan ini semasa memberi layanan terhadap orang yang tidak mengambil bahagian secara aktif dalam peperangan, seperti orang awam dan anggota tentera yang telah meletakkan senjata kerana sakit, cedera atau ditawan. Contohnya, orang-orang yang sakit dan memerlukan rawatan tidak boleh dibeza-bezakan berdasarkan bangsa, warna kulit, agama, jantina atau kekayaan.
neutron lifetime loglog tempoh hayat neutronKejuruteraanPetroleumSINONIM: 1. log pereputan neutron denyut. 2. log masa reput terma Rekod berbentuk graf mengenai masa yang diambil oleh sekumpulan neutron untuk mereput sehingga ia hilang separuh daripada tenaganya yang asal. Masa ini diukur dalam mikrosaat dan diplot terhadap kedalaman. Alat pengelogan yang mengukur parameter ini mengesan keamatan neutron terma yang masih hadir dalam formasi selepas neutron yang ditembak masuk ke dalam formasi dibiarkan mereput. Keamatan neutron trma baki ini berkadar terus dengan banyaknya neutron yang tertawan. Oleh kerana secara statistik kebanyakan neutron ditawan oleh atom klorin mala bacaan yang diberi oleh log ini menunjukkan banyaknya atam klorin dalam formasi. Ini boleh diterjemahkan sebagai penunjuk kepada kehadiran zon yang diisi dengan air.

Kembali ke atas