wage shop | syop upah | Pentadbiran | Tiada | Keadaan di tempat kerja, iaitu upah yang ditawarkan oleh majikan jauh lebih rendah daripada upah yang ditawarkan oleh sesuatu industri pekerjaan. |
air shuttle | ulang alik udara | Aeroangkasa | Tiada | Perkhidmatan penerbangan yang ditawarkan kepada penumpang tanpa membuat tempahan tiket dan biasanya kadar tambang lebih murah daripada penerbangan biasa.,Perkhidmatan penerbangan yang ditawarkan kepada penumpang tanpa membuat tempahan tiket dan biasanya kadar tambang lebih murah daripada penerbangan biasa. |
airport transfer | khidmat angkut lapangan terbang | Pelancongan | Tiada | Perkhidmatan pengangkutan pergi balik dari lapangan terbang ke penginapan yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan atau hotel sama ada diminta atau ditawarkan. |
loanable fund | dana boleh pinjam | Ekonomi | Tiada | Dana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank. |
allotment | umpuk | Pentadbiran | Tiada | Bilangan saham yang ditawarkan kepada pelanggan terbitan awam. |
rider | rider | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perubahan manfaat yang ditawarkan kepada peserta pelan takaful keluarga dan skim takaful am. Perubahan ini hasil persetujuan peserta untuk mengubah suai syarat dan manfaat perlindungan dalam pelan asas takaful berkenaan. Sebarang perubahan syarat dan manfaat perlindungan akan memberi kesan kepada jumlah caruman yang dibayar oleh peserta. Peserta yang ingin mendapat manfaat tambahan ini perlu membuat caruman tambahan yang kecil. Perubahan manfaat ini boleh diminta oleh peserta selaras dengan keperluannya. Contohnya, manfaat tambahan hospital, manfaat tambahan kematian dan keilatan akibat kemalangan. |
quotation | sebut harga | Kejuruteraan | Tiada | .,3. Harga barang yang ditawarkan oleh pembekal kepada pelanggan untuk dipertimbangkan oleh pelanggan. |
restricted issue | terbitan terhad | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Saham yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat kepada pemegang sahamnya atau pihak-pihak lain untuk memenuhi syarat-syarat tertentu. |
bountry system | sistem hadiah | Perhutanan | Tiada | Kaedah bayaran yang ditawarkan oleh kerajaan untuk mendorong seseorang meningkatkan pengeluaran hutan atau pembunuhan binatang liar. |
mortgage | gadai janji | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen kewangan yang ditawarkan oleh bank kepada peminjam dan peminjam memberikan harta sebagai cagaran. Sekiranya peminjam tidak dapat melunaskan pinjamannya, maka bank akan menjual harta tersebut untuk melangsaikan bahagian pinjaman yang belum dibayar. Perbezaan antara hasil jualan dengan pinjaman yang belum dibayar akan dikembalikan kepada peminjam. Gadai janji ini biasanya menjadi syarat dalam akad bai‘ bithaman ajil dan akad murabahah. |