Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditentang

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Mata bertentang jantung berdebar;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Semakin ditentang semakin gementar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jangan ditentang matahari condong,
     takut terturut jalan tak berintis.

Bermaksud :

Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
law of action and reactionhukum tindakan dan tindak balasFizikMekanikSetiap tindakan selalu ditentang oleh tindak balas yang sama besar, atau daya-daya yang saling bertindak di antara dua jasad selalunya bermagnitud sama dan berlawanan arah. Sebagai contoh, matahari menarik bumi dan sebagai tindak balasnya, matahari ditarik oleh bumi dengan daya yang tepat sama besar. Hukum ketiga Newton
affective fallacykekeliruan afektifKesusasteraanTiadaKonsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik.
propaganda literaturesastera propagandaKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang bersifat didaktik dan politikal. Karya ini bertujuan untuk mempengaruhi pembaca supaya mengambil suatu pendirian atau tindakan tentang isu praktikal seperti perkauman, ekinomi, persekitaran, perang, dan isu sosiopolitik lain yang boleh menarik perhatian umum. Sastera propaganda sering dianggap rendah mutu sasteranya. Namun pandangan ini tidak semestinya tepat kerana banyak karya propaganda mempunyai mutu sastera yang baik, malah ditulis oleh pengarang yang terkenal. Contoh dalam karya Melayu ditemui dalam novel bertajuk Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Hj. Abdullah. Novel ini mengisahkan pengambilan tanah secara paksaan oleh pemerintah tetapi ditentang oleh golongan petani yang mempertahankan haknya. Puisi yang berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang pula membicarakan isu bahasa, ketuanan dan kemiskinan Melayu. Contoh lain ditemui dalam drama Mr. Warren�s Profesion oleh Bernard Shaw.
dekorumketertibanKesusasteraanTiadaPrinsip yang menekankan pentingnya komponen sesebuah karya sastera saling berpadanan antara satu sama lain. Contohnya, isi, bentuk, watak, latar, aksi dan gaya. Prinsip ini bertolak daripada teori klasik Yunani dan Romawi yang mewujudkan hierarki bagi jenis tulisan serta gaya yang sepadan dengannya. Umpamanya, tragedi dan epik yang dianggap bentuk sastera yang tinggi hanya wajar memperkatakan perkara yang serius, berlegar pada watak raja, orang bangsawan atau mereka yang mempunyai kedudukan penting sahaja dengan menggunakan bahasa yang tinggi dan halus. Sebaliknya, komedi yang dianggap sebagai bentuk sastera yang rendah perlu menggarap permasalahan yang sederhana dan lucu, memaparkan watak orang biasa atau bawahan dengan menggunakan bahasa harian yang kasar. Namun, prinsip ini telah ditentang oleh kebanyakan pengarang. Pengarang berasakan mereka lebih bebas berkarya dan memanfaatkan bentuk dan gaya yang berbeza dalam karya mereka. Ketertiban berasal daripada bahasa Latin decorum bermaksud �yang sesuai�. L

Kembali ke atas