crisis | krisis | Kesusasteraan | Tiada | Detik yang berlaku dalam naratif atau drama apabila terjadi pertembungan dengan pihak yang bertentangan sehingga ketegangan mencapai tahap tertinggi. Crisis dalam bahasa Yunani bermaksud keputusan. Pada tahap ini, watak yang terlibat, khususnya watak protagonis terpaksa membuat pilihan yang penting yang mungkin melibatkan soal hidup mati. Contohnya, pilihan yang perlu dibuat apabila Hang Tuah (protagonis) dititahkan oleh Sultan Melaka untuk membunuh Hang Jebat (antagonis) dalam Hikayat Hang Tuah. Berikutan detik ini, peleraian atau resolusi biasanya menyusul. Sesebuah naratif atau drama boleh mengandungi lebih daripada satu krisis. Umpamanya, novel dan cerpen, Novel mampu menampung lebih daripada satu krisis, tetapi cerpen biasanya mengandungi satu krisis kerana kesuntukan ruang. Lihat juga peleraian, protagonis, struktur dramatik. |