Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dituai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loose fruitsbuah leraiPertanianAgroteknologiBuah kelapa sawit yang terlerai daripada tandan apabila dituai. Tandan yang dituai biasanya jatuh terus ke tanah dan buah yang longgar akan terlerai apabila terhempas ke tanah. Sekiranya buah yang terlerai ini tidak dipungut, ia akan menyebabkan kerugian hasil. Terdapat beberapa jenis jentera telah direka untuk memungut buah terlerai tanpa menggunakan tenaga pekerja yang banyak.
relay croppingpenanaman gegantiPertanianAgronomi

 Sistem penanaman berganda yang melibatkan penanaman tanaman kedua semasa tanaman pertama masih lagi belum dituai. Contohnya, tanaman jagung, kacang soya ditanam antara barisan jagung ketika jagung sedang berbunga. Hal ini membolehkan kacang soya membesar, dalam masa jagung mencapai kematangan untuk dituai. Selepas jagung tersebut dituai, kacang soya telah matang dan mengeluarkan hasil dalam masa yang singkat berbanding ditanam selepas jagung dituai. Penanaman ganti menjimatkan masa dan menjurus kepada penggunaan tanah yang lebih efisien untuk menghasilkan dua jenis tanaman berbeza.

harvest indexindeks penuaianPertanianAgroteknologiNisbah antara bahan yang dituai dengan berat keseluruhan pokok. Contohnya, bagi padi, indeks penuaian ialah berat padi yang dituai berbanding dengan berat pokok keseluruhan termasuk jerami padi. Baka yang baik ialah yang mempunyai indeks penuaian yang tinggi. Baka padi moden mempunyai indeks tuaian lebih daripada 0.45 berbanding dengan varieti tradisional yang mempunyai indeks tuaian kurang daripada 0.3.
post-harvest diseasepenyakit lepas tuaiBiologiPatologiPenyakit pada hasil pertanian yang ketara selepas hasil tersebut dituai. Jangkitan boleh berlaku semasa di lapangan (sebelum dituai) lagi. Ini termasuk penyakit transit dan penyakit gudang.
crop cutting testuji tuaiPertanianAgronomi

 Kaedah mengambil sampel tanaman sebelum tanaman itu dituai daripada sesuatu unit kawasan tanah. Tujuan uji tuai ialah untuk mendapat anggaran hasil tuaian yang diperoleh daripada sesuatu kawasan tanaman dan kualiti hasil tanaman berkenaan. Beberapa sampel dengan ukuran keluasan yang telah ditentukan biasanya ditandakan di ladang secara rawak, kemudian dituai secara manual. Sampel itu ditimbang dan diasingkan antara buah atau biji dengan daun dan batang. Dari berat hasil sampel yang diperoleh, hasil tanaman akan dianggarkan. Uji tuai juga dilakukan untuk menentukan sama ada tanaman sudah cukup matang untuk dituai atau masih muda. Selain itu, uji tuai dapat menganggarkan peratus hasil yang rosak akibat penyakit dan perosak.

preharvestpratuaiPertanianAgronomi

Berkaitan aktiviti yang dilakukan terhadap tanaman sebelum hasil dituai. Contohnya, membungkus pisang dengan lapisan plastik atau membungkus buah belimbing besi dengan kertas pembalut untuk mengelakkan buah tersebut daripada jangkitan penyakit dan serangan perosak serta mendapatkan kualiti buah yang lebih baik. Untuk pokok teh, pemangkasan atas dilakukan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru yang akan dituai.

crop earlinesskeawalan tanamanPertanianAgronomi

 Tempoh masa tersingkat sesuatu tanaman mula mengeluarkan bunga setelah ditanam dan seterusnya menghasilkan buah yang boleh dituai. Varieti tanaman yang mengeluarkan bunga awal akan mengurangkan masa menunggu untuk mendapatkan hasil dan menguntungkan pengeluar. Contohnya, varieti padi baru seperti MR219,  dapat dituai dalam masa 105 hari kerana sifat keawalannya, berbanding varieti tradisional yang memakan masa lebih 150 hari. Penggunaan varieti keawalan singkat akan membolehkan padi ditanam sebanyak dua kali setahun.

ratooningpeladunanPertanianAgronomi

Kaedah membiarkan pangkal pokok tidak dipotong semasa penuaian supaya ladun yang tumbuh akan menggantikan pokok induk yang dituai. Contohnya, dalam tanaman tebu, batang tebu dipotong ke aras 10 cm dan seterusnya ladun yang tumbuh akan menjadi hasil tuaian pada musim yang seterusnya. Ini dilakukan sehingga mendapat tiga kali tuaian daripada satu penanaman. Hasil akan menurun pada setiap kali ladun dituai dan selepas tiga pusingan tuaian, tebu perlu ditanam semula. Kebaikan kaedah ini ialah pengurangan kos penyediaan kawasan, dan memanjangkan hayat ekonomi tanaman.

Clean-seedBiji benih bersihPertanianAgronomi

Biji benih selepas dituai yang telah melalui proses mengasingkan bahan-bahan seperti serpihan kulit buah, daun, ranting, pasir dan juga biji benih lain untuk menghasilkan yang tidak dicemari dengan benda asing. Ada beberapa alat yang digunakan dalam proses ini bermula dengan alat mengasingkan bahan kasar hingga alat mengasingkan bahan halus menggunakan angin dan penapis.

renewal planting/replantingpenanaman semulaPertanianAgronomi

 Penanaman baru yang dilakukan setelah tanaman saka seperti getah dan kelapa sawit mencapai umur yang hasilnya tidak begitu ekonomik untuk dituai. Pokok di kawasan tersebut akan ditebang dan diganti dengan tanaman baru. Bagi tanaman semusim seperti padi dan jagung, penanaman semula dilakukan setiap kali hasilnya telah dituai

123456

Kembali ke atas