Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diuar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pseudo-eventperistiwa buatanKomunikasiKorporatAcara atau peristiwa yang diuar-uarkan secara besar-besaran oleh sesebuah syarikat pengeluar barangan bagi mewujudkan suasana yang boleh menggalakkan kegiatan pemasaran yang lebih agresif. Contohnya, menguar-uarkan isu kemalangan jalan raya secara besar-besaran di media cetak atau media elektronik. Tindakan ini boleh meningkatkan pemasaran barangan yang berkaitan dengan keselamatan ken-deraan. Contoh lain, membesar-besarkan sebarang bentuk perayaan di media massa. Tindakan ini boleh mewujudkan keghairahan khalayak untuk membeli-belah. Sinonim kejadian buatan.
concept testingpengujian konsepKomunikasiKorporatKaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat
collective behaviourperilaku bersamaKomunikasiKorporatKesan sesuatu kempen yang menyebabkan khalayak yang menerima sesuatu mesej bertindak secara bersama. Kesan ini ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku khalayak sasaran yang menerima mesej yang sama daripada sumber maklumat yang sama. Mesej yang disebarkan boleh menggunakan satu atau lebih kaedah penyaluran maklumat yang diuruskan oleh agen pengiklanan atau organisasi. Dalam perhubungan awam, perilaku bersama sering terjadi selepas sesuatu kempen dilaksanakan. Contohnya, kempen menderma darah selepas tersebarnya peristiwa yang melibatkan kecederaan kepada orang awam secara besar-besaran. Contoh lain ialah kempen menderma makanan dan pakaian setelah tersebarnya berita mengenai banjir besar atau tsunami. Mesej kempen tersebut telah mendorong pelbagai pihak untuk melakukan tindakan bersama seperti yang diuar-uarkan melalui saluran kempen di kawasan khalayak berada.
proceedingprosidingKomunikasiKorporatBahan maklumat mengenai sesuatu perbincangan yang ditulis sebagai laporan selepas perbincangan berkenaan dijalankan. Perbincangan boleh dalam bentuk mesyuarat, bengkel, seminar, persidangan dan sebagainya. Bahan yang terkumpul dan tercetak boleh diterbitkan dalam bentuk asal dan boleh juga disunting semula berdasarkan format penerbitan yang ditetapkan. Dalam komunikasi korporat, hasil perbincangan yang tercatat biasakan diterbitkan dalam bentuk asal dan boleh juga disunting semula berdasarkan format penerbitan yang ditetapkan. Dalam komunikasi korporat, hasil perbincangan yang tercatat biasanya diterbitkan untuk tujuan edaran umum, sama ada sebagai bahan rujukan atau bahan bukti mengenai sesuatu keputusan atau penemuan yang telah diuar-uarkan kepada umum bagi mendapatkan pengiktirafan dan pengesahan.
special guesttetamu khasKomunikasiKorporatIndividu atau kumpulan yang diundang khusus oleh organisasi atau negara untuk menghadiri sesuatu acara atau sebagai tetamu kepada pemimpin tertentu negara. Taraf tetamu biasanya dijemput secara rasmi dan khas berdasarkan faktor berikut: (i) Kedudukan kepimpinan tetamu dan kepentingannya secara strategik kepada organisasi atau negara. (ii) Kepakaran dan pengaruh tetamu dalam sesuatu bidang atau pemikiran yang boleh membantu meningkatkan citra organisasi atau negara. (iii) Ketokohan dan kewibawaan tetamu yang boleh memberikan perakuan dan pengiktirafan mengenai sesuatu gagasan dan dasar organisasi atau negara. (iv) Landasan persahabatan antara organisasi atau negara melalui undangan ini akan mengekalkan hubungan dua hala antara organisasi atau negara. Sebagai tetamu khas, pihak yang diundang diberi layanan setimpal dengan status tetamu dan dibiayai sepenuhnya oleh organisasi atau negara. Sebarang acara yang dianjurkan dan melibatkan tetamu ini biasanya mendapat liputan media dan diuar-uarkan kepada khalaya

Kembali ke atas