genetically modified | terubah suai genetik | Pertanian | Agroteknologi | Sifat tanaman yang telah diubah suai bakanya melalui proses kejuruteraan genetik atau bioteknologi. Satu kaedah pengubahsuaian ini ialah dengan memindahkan gen daripada organisma lain kepada gen tanaman yang diubah suai supaya ia mendapat suatu ciri yang diingini. Contohnya, golden rice atau beras emas yang dihasilkan oleh Ingo Potrykus pada tahun 2000 telah diubah suai genetiknya dengan memasukkan gen daripada bunga daffodil kepada gen padi. Ubah suai genetik ini membolehkan pembentukan beta karotena yang boleh meningkatkan kandungan vitamin A dalam beras. Penghasilan jenis beras ini dapat mengatasi kekurangan vitamin A yang dialami lebih 190 juta kanak-kanak di seluruh dunia. Singkatan GM. |
free vector | vektor bebas | Mekanik | Gunaan | Vektor yang boleh diubah kedudukannya di ruang tanpa mengubah kesan tindakannya, asalkan magnitud dan hala vektor itu tidak diubah. Dalam analisis mekanik, vektor bebas ditempatkan pada sebarang kedudukan yang boleh memudahkan analisis. Contoh bagi vektor bebas ialah ganding. |
collision course | arah pandu perlanggaran | Aeroangkasa | Tiada | Laluan yang membolehkan dua pesawat udara atau lebih berlanggar jika laluannya tidak diubah.,Laluan yang membolehkan dua pesawat udara atau lebih berlanggar jika laluannya tidak diubah. |
redirection | arah semula | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah yang digunakan dalam serangan permintaan data, iaitu alamat penghantaran data diubah suai ke suatu lokasi yang dikendalikan oleh pengguna hasad. Apabila pengguna sah melawati laman web tertentu yang telah diubah suai oleh pengguna hasad, pengguna berkenaan akan membekalkan maklumat peribadi seperti ID log masuk, kata laluan atau nombor kad kredit. Maklumat tersebut tidak dihantar ke lokasi yang sepatutnya, tetapi disalurkan ke sebuah komputer lain yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat tersebut tanpa disedari pengguna. Pengguna hasad kemudiannya akan mengutip maklumat terkumpul tersebut untuk kegunaan peribadi. Kaedah ini juga sering digunakan dalam serangan penipuan berasaskan e-mel dan juga laman web pengiklanan yang membawa pengunjung laman web ke laman yang tidak diingininya. |
flap | kepak | Aeroangkasa | Tiada | Satu bahagian berengsel pada pesawat udara yang boleh diubah kedudukannya semasa penerbangan untuk meningkatkan daya angkat atau daya seret atau kedua-duanya sekali.,Laju pesawat laut di atas air yang rintangan air ketika itu adalah maksimum.,Satu bahagian berengsel pada pesawat udara yang boleh diubah kedudukannya semasa penerbangan untuk meningkatkan daya angkat atau daya seret atau kedua-duanya sekali. |
feathering hinge | engsel suai-anggul | Aeroangkasa | Tiada | Satu pangsi pada bilah rotor helikopter yang membolehkan sudut bilah diubah.,Jarak sebenar yang dilalui oleh pesawat udara apabila mula mencecah bumi sehingga pesawat itu berhenti ketika mendarat.,Satu pangsi pada bilah rotor helikopter yang membolehkan sudut bilah diubah. |
butanediol fermentation | fermentasi butanediol | Bioteknologi | Tiada | Fermentasi yang dijalankan oleh beberapa mikroorganisma daripada famili Enterobacteriaceae, seperti Enterobacter, Erwinia, dan Klebsiella. Dalam proses ini, glukosa diubah kepada 2,3-butanediol dan satu molekul NADH2 dioksidakan semula bagi setiap 2 molekul piruvat yang diubah kepada butanediol. Butanediol memberi hasil positif bagi ujian Voges-Proskauer. Organisma yang menjalani fermentasi ini mempunyai sistem enzim format hidrogenase liase yang menghidrolisiskan format kepada karbon dioksida dan hidrogen. |
furanose | furanosa | Kimia | Biokimia | Gula yang membentuk gelang lima ahli yang terdiri daripada empat atom karbon dan satu atom oksigen. Struktur gelang ini yang wujud dalam bentuk ? dan ?, kurang stabil dan tidak dapat diubah kepada bentuk hablur kecuali diubah terlebih dahulu kepada terbitan glikosida. bd. furan. |
unmodified | tak diubah suai | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
modified | terubah suai; diubah suai | Fizik | Tiada | Tiada |