Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diulangi

Peribahasa

Rantau jauh diulangi,
     rantau dekat dikendana.

Bermaksud :

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ripresaripresaMuzikTiada

 Bahagian yang diulangi dalam ballata. Ripresa juga bermaksud ulang atau mengulangi. Sinonim repris.

repetitionulanganMuzikTiada

Frasa muzik yang diulangi secara tepat. Sekiranya ulangan melibatkan sedikit perubahan dari segi jeda atau ritma, frasa muzik ini dikenali sebagai ulangan bervariasi.

accounting cycle2kitaran perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaSusunan lengkap tatacara perakaunan yang diulangi mengikut susunan yang sama setiap satu tempoh perakaunan.
persistent failurekegagalan berterusanPerubatanTiadaSesuatu prosedur yang berakhir dengan kegagalan walaupun telah diulangi berbilang kali.
secondary reinforcerpeneguh keduaPsikologiPsikologi UmumRangsangan yang akan meningkatkan kebarangkalian sesuatu respons diulangi kerana nilainya telah dilazimkan atau dipelajari. Contohnya, peneguh dalam bentuk wang, pujian, perhatian, anggukan atau persetujuan, kasih sayang dan harta kekayaan. Sesetengah peneguh ini bernilai kerana kaitannya dengan peneguh utama. Contohnya, anjing yang diberi makanan dan belaian setiap kali melakukan perkara yang dikehendaki akan melakukan perkara yang disuruh apabila diberi belaian.
counterpembilangMatematikTiada1. Pemboleh ubah yang digunakan untuk menghitung bilangan kali sesuatu proses diulangi. 2. Kepingan-kepingan yang digunakan untuk mengira dalam permainan.
triolettrioletKesusasteraanTiadaBentuk rima Perancis yang tetap mengandungi 8 dan 2 rima. Baris pertama diulangi seperti di baris keempat, baris kedua dan kelapan adalah hampir serupa. Ia hanya sesekali digunakan oleh penulis-penulis puisi Perancis seperti Daschamps dan froissart di akhir abad Pertengahan.
reinforcement theoryteori pengukuhanPentadbiranTiadaKonsep dan prinsip dorongan yang menyatakan bahasa tingkah laku yang telah diperkuat akan diulangi.
changdanchangdanMuzikTiada

 Corak rentak yang diulangi sepanjang lagu dalam muzik Korea. Dalam bahasa Korea, chang bermaksud panjang, manakala dan bermaksud pendek.

gongangonganMuzikTiada

 Pusingan masa yang diulangi yang terdapat dalam muzik Asia Tenggara seperti muzik gamelan, wayang kulit Kelantan dan makyong. Gongan ialah jangka masa tertentu yang ditandai gong agung pada bit terakhirnya yang menghasilkan pic pa­ling rendah. Pic terdiri daripada 4, 8, 16, 32, 64 bit dan dibahagikan secara perduaan. Contoh gongan dalam gamelan Jawa ialah ladrang, lancaran, ketawang dan bubaran.

1234

Kembali ke atas