biodegradability | keterbiodegradasikan | Pertanian | Agroteknologi | Sifat boleh diuraikan oleh organisma hidup melalui proses pencernaan yang menjadikan sesuatu bahan itu kurang kompleks. Bahan organik itu dapat diuraikan secara proses aerobik atau anaerobik. Produk terakhir dalam proses ini ialah mineral dan karbon. Sifat ini membolehkan bahan buangan organik seperti sisa makanan dan tanaman serta najis boleh dilupuskan dengan selamat. Produk bahan ini boleh juga digunakan sebagai baja organik. Sifat bahan ini membolehkan alam persekitaran dipelihara secara mapan kerana bahan itu boleh dikitar semula. Galakan perlu diberikan untuk menggunakan bahan yang tinggi keterbiodegrasikan ini supaya tidak menimbulkan masalah pencemaran. |
biodegradable | terbiodegradan | Biologi | Ekologi | Proses penguraian yang berlaku dengan cepat hasil tindakan mikroorganisma, terutama bakteria aerob. Walaupun terdapat bahan-bahan yang dihasilkan yang dapat diuraikan oleh organisma, namun terdapat juga beberapa banyak bahan yang tidak dapat diuraikan yang dapat mengganggu keseimbangan ekosistem, seperti plastik, racun perosak organoklorin, dan bahan pencuci. |
biodegradable waste | sisa biorosot | Kejuruteraan | Tiada | Sisa yang boleh diuraikan kepada unit kimia yang lebih kecil melalui proses fizikal, kimia, dan biologi secara semula jadi. |
hydrolyzed protein | protein terhidrolisis | Veterinar | Tiada | Protein yang telah diuraikan kepada asid-asid amino. Proses penguraian ini melibatkan tindak balas antara molekul besar protein dengan satu atau lebih molekul air dengan penghasilan molekul-molekul yang lebih kecil. Contoh sumber bahan ini ialah mil bulu unggas dan kulit haiwan. Bahan ini sesuai diberi makan pada ternakan yang mengalami masalah pencernaan dan kerosakan hepar kerana ia mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan dalam tubuh. Bahan ini selalu digunakan sebagai salah satu komponen susu gantian. |
glycoprotein | glikoprotein | Perubatan | Tiada | Salah satu kumpulan protein berkonjugasi yang apabila diuraikan akan menghasilkan protein dan karbohidrat, atau terbitan lain seumpamanya. |
glycoprotein | glikoprotein | Kimia | Tiada | Salah satu kumpulan protein berkonjugasi yang apabila diuraikan akan menghasilkan protein dan karbohidrat, atau terbitan lain seumpamanya. |
biodegradable organics | bahan organik biorosot | Kejuruteraan | Tiada | Bahan organik yang boleh diuraikan oleh mikroorganisma dalam tempoh tertentu. |
recalcitrant chemical | bahan kimia rekalsitran | Biologi | Ekologi | Bahan yang tidak mudah diuraikan oleh mikroorganisma. Misalnya, PCB (poly-chlorinated biphenyl) yang digunakan dalam pembuatan plastik, gam, cat, pengilat, dan lain-lain. |
glycolysis | glikolisis | Veterinar | Tiada | Satu siri tindak balas biokimia yang melibatkan glukosa diuraikan kepada piruvat dengan pembebasan tenaga yang boleh digunakan dalam bentuk ATP. Dalam keadaan anaerobik, satu molekul glukosa menjalani dua tindak balas fosforilasi dan kemudiannya dipecahkan untuk menjadi dua molekul triosa-fosfat. Setiap molekul ini diubah kepada piruvat dan menghasilkan dua molekul ATP. Dalam keadaan aerobik, penguraian molekul triosa-fosfat mengalami fosforilasi dengan kehadiran NAD+ yang menghasilkan tiga ATP. Oleh itu, satu molekul glukosa boleh menghasilkan lapan ATP. Dikenali juga sebagai laluan Embden-Meyerhof. |
thermoreversible crosslink | paut silang berbalik terma | Kejuruteraan | Polimer | Paut silang fizikal yang boleh diuraikan oleh pemanasan untuk proses pengacuan semula. |