secondary deposit | longgokan sekunder | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tinggalan budaya atau mendapan semula jadi yang telah diusik dan berubah dari kawasan atau kedudukan asal. Antara agen penyebabnya seperti banjir, pembuangan, pembangunan dan buatan manusia. Longgokan sekunder dapat dikesan apabila stratigrafi tanahnya terganggu, taburan artifaknya pelbagai dan dalam kawasan yang terhad serta melibatkan artifak moden. Longgokan ini dikenali juga sebagai kawasan terganggu. |
memorat | memorat | Kesusasteraan | Tiada | Naratif lisan yang menyorot kembali pengalaman peribadi seseorang tentang peristiwa sebenar yang berlaku. Biasanya memorat merupakan naratif pendek yang berupa memoir atau cerita ingatan peribadi. Contohnya, cerita pengalaman seram bertemu dengan hantu atau diusik hantu. |