domain | domain | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Dalam Internet, domain terdiri daripada satu set alamat rangkaian. Domain ini diurus secara aras. Aras teratas menentukan kawasan geografi atau tujuan kesepunyaan. Aras kedua menentukan suatu kawasan unik dalam domain teratas. 2. Dalam Windows NT dan Windows 2000, satu domain ialah satu set sumber rangkaian seperti aplikasi, pencetak dan lain-lain untuk sekumpulan pengguna. Pengguna perlu log masuk ke dalam domain untuk mencapai sumber, yang mungkin ditempatkan dalam pelayan yang berbeza dalam rangkaian. |
domain | domain | Teknologi Maklumat | Perisian | 1. Kumpulan komputer dan peranti pada rangkaian yang diuruskan sebagai satu unit dengan prosedur dan peraturan yang sama. Dalam Internet, domain ditakrifkan oleh alamat IP. Kesemua peranti yang berkongsi bahagian alamat IP yang sama dikatakan berada dalam satu domain. 2. Dalam teknologi pangkalan data, domain merujuk kepada huraian nilai atribut yang dibenarkan. Huraian atribut fizikal ini merupakan set nilai yang boleh dimiliki oleh atribut, semantik dan logik. 3. Kawasan atau masalah tertentu yang melibatkan penggunaan sistem perisian. Contoh domain ialah kawalan masa nyata, pemprosesan data perniagaan dan pensuisan telekomunikasi. |
analytic continuation | penyelanjaran analisis | Matematik | Tiada | 1. Pembentukan bagi suatu fungsi analisis yang pembatasan bagi sesuatu domain adalah fungsi analisis yang diberi.,2. Fungsi analisis yang unik yang mengembangkan sesuatu fungsi analisis itu kepada suatu domain yang lebih besar. |
IP address | alamat IP | Teknologi Maklumat | Tiada | Alamat yang diumpukkan kepada setiap subrangkaian, domain, dan nod komputer dalam Internet. Setiap subrangkaian, domain, dan nod komputer akan mempunyai alamat IP yang unik. Alamat IP ini dianalogikan sebagai alamat rumah bagi membolehkan data dihantar ke komputer destinasi yang tepat. Alamat IP diungkapkan dalam bentuk XXX.XXX.XXX.XXX dengan X adalah sebarang nombor antara 0 hingga 9, serta setiap tiga digit XXX adalah sebarang nombor antara 001 hingga 256. setiap XXX diwakili oleh 8 bit dan keseluruhan alamat IP diwakili oleh 32 bit. Ungkapan XXX.XXX.XXX.XXX juga dikenali sebagai “4 nombor berdot” atau “kuad berdot”. Contohnya alamat IP adalah 202.185.39.218 yang setara dengan 11001010. 10111001. 00100111. 11011010. Digit 202 merujuk kepada kelas Internet (Kelas C). Digit 185 merujuk kepada domain rangkaian. Digit 39 Alamat IP dibahagikan kepada beberapa kelas hierarki dengan melihat 4 bit pertama alamat IP iaitu:Kelas A : alamat yang bermula dengan 0xxx, atau nombor 1 hingga 126. * Kelas B : a |
complexify | mengkomplekskan | Matematik | Tiada | 1. Menjadikan lebih kusut. 2. Memperluaskan kepada domain kompleks. |
powder pattern | pola serbuk | Fizik | Moden | 1 Pola garis pada filem atau kertas yang dibentuk dengan kaedah belauan serbuk oleh sinar-X. 2 Pola yang dibentuk oleh zarah koloid atau serbuk sangat halus yang terserak di permukaan bahan magnet. Pola ini menunjukkan domain magnet di dalam hablur tunggal bahan tersebut. |
function | fungsi | Matematik | Tiada | 1. Hubungan antara pemboleh ubah dengan salah satu pemboleh ubah yang diungkapkan dalam sebutan pemboleh ubah yang lain. Pemboleh ubah yang pertama itu dinamai pemboleh ubah bersandar, manakala pemboleh ubah yang lain dinamai pemboleh ubah tak bersandar. Katakanlah y suatu fungsi x yang ditulis y = f(x), maka y ialah pemboleh ubah bersandar dan x ialah pemboleh ubah tak bersandar. Misalnya, katalah y = x2 - 2x, y ialah suatu fungsi dalam sebutan x. 2. Hubungan yang mengaitkan setiap unsur dalam sesuatu set dengan hanya satu unsur dalam set yang sama atau berlainan. Katalah suatu fungsi f dari set A ke set B yang ditulis f: A → B, setiap unsur a ɛ A dikaitkan dengan hanya satu unsur b ɛ B; ditulis b = f(a) dan b disebut nilai f pada a atau imej bagi a di bawah f; juga disebut ”a dipetakan kepada b” atau “f memetakan a kepada b”. A ialah domain dan B ialah kodomain. Fungsi f dikatakan tertakrif pada set A dan mempunyai nilai dalam set B. Sinonim pemetaan. |
cojmposite function | fungsi gubahan | Matematik | Tiada | Fungsi yang diungkapkan sebagai fungsi bagi fungsi lain. Katakanlah f dan g dua fungsi, fungsi h yang ditakrif h(x) = f(g(x)) bagi x ← domain g dikenali sebagai fungsi gubahan f dan g dan ditulis h = f ₀ g. Contoh: Katalah f(x) = x2 + 1, g(x) = x3, jika h = f ₀ g dan k = g ₀ f, maka h(x) = f(g(x)) = x6 + 1 dan k(x) = g(f(x)) = (x2 + 1)3. |