mnemonik | nemonik | Muzik | Tiada | Bunyi, <i>timbre i>serta silibal yang terhasil daripada pukulan alat dram tertentu. Contohnya, bunyi nemonik, cap, dong, duh, ting dihasilkan oleh pukulan alat gedumbak dalam wayang kulit Kelantan. <i>Lihat juga bol.i> |
selisir | selisir | Muzik | Tiada | Skel gamelan gong kebyar Bali. Silibal <i>solfege i>ini disebut dengan ding, dong, deng, dung, dang, ding. <i>Sinonim i>skel selisir. <i>Lihat juga i>saih, slendro, pelog. |
chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut. |
bark-cloth beater | alat pemukul kain-kulit kayu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat perniagaan Zaman Neolitik yang digunakan untuk menumbuk kulit kayu untuk dijadikan pakaian. Di Malaysia, alat ini mempunyai bahagian pemegang dan pemukul yang berbentuk bujur, bulat dan persegi empat. Corak yang terdapat pada bahagian pemukul mempunyai hiasan dan garis yang saling menyilang lurus, dua garis yang saling menyilang serong curam. Antara tempat ditemui bahan ini ialah di Gua Musang, Gua Madu, Gua Cha (Kelantan), Tui Gold Mine, Ulu Dong, Nyong dan Sungai Tembeling (Pahang), Changkat Menteri (Perak) dan Ampang (Selangor). |
bronze age | zaman gangsa | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Zaman yang merujuk kepada penggunaan bahan gangsa sebagai campuran utama untuk menghasilkan artifak. Zaman ini merupakan salah satu daripada Zaman Logam yang terdapat di Malaysia dan Asia Tenggara yang dianggarkan bermula sekitar 1000 SM dan berakhir sekitar 1000 M. Pada masa tersebut, pelayaran semakin berkembang sehingga taburan gangsa dapat dikesan di seluruh Asia Tenggara. Teknologi acuan juga telah mula dikenali pada zaman ini. Antara artifak yang terkenal ialah gendang Dong Son dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk (Terengganu) dan Muar (Johor). |
solfege | solfege | Muzik | Tiada | Sistem latihan vokal yang menggunakan nama tertentu bagi setiap not dalam sesuatu skel. Contohnya, <i>solfege i>bagi muzik Barat ialah do, re, mi, fa, so, la, ti. <i>Solfege i>bagi muzik India ialah sa, re, ga, ma, pa, dha, ni. <i>Solfege i>bagi muzik Bali pula ialah ding, dong, deng, dung, dang. <i>Sinonim solfegio, solfegro.i> |
makyung | makyung | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam per |