anticipation | jangkaan; dugaan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
divinatio/divination | sangkaan | Kesusasteraan | Tiada | Dugaan yang dibuat oleh penyalin berdasarkan beberapa perbandingan yang dilakukannya. |
conjectural deletion | hilangan konjektur | Kesusasteraan | Tiada | Dugaan yang ditinggalkan daripada sesuatu naskhah yang ditandakan dan kemudian diletakkan dalam bahagian aparatus kritikus. |
contingent | kontinjen (pasukan) | Sejarah | Tiada | 1. Kontingen: Sesuatu yang berlaku di luar dugaan atau jangkaan.,2. Kontinjen: Pasukan tentera, atau pasukan tentera laut yang dipinjamkan menjadi pasukan yang lebih besar. |
deletion by conjecture | penghapusan rambang | Kesusasteraan | Tiada | Penghapusan beberapa bahagian yang dibuat oleh penyalin dalam sesebuah teks berdasarkan agakan atau dugaan. |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | 1. Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub. |
rogue program | atur cara jahat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Atur cara yang tidak diketahui kewujudannya dalam sistem komputer. Atur cara ini menjalankan tindakan di luar dugaan atau kemahuan pengguna sistem komputer berkenaan. Kewujudannya pada sistem komputer berlaku akibat pemasangan suatu perisian lain yang sah atau merupakan muat beban yang disebarkan daripada kod hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan asad seperti merakamkan aktiviti pengguna tanpa kebenaran (perisian intipan), mempamerkan iklan yang tidak diingini kepada pengguna (perisian iklan), dan juga merampas modem untuk membuat panggilan jarak jauh (perampas modem). |
flashforward | imbas depan | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada pembaca tentang apa yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan pembaca atau membolehkan pembaca menerima apa yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan. Lihat juga pemikat naratif. |
flash forward | imbas depan | Kesenian | Drama dan Teater | Teknik penceritaan yang digunakan dalam drama atau teater untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada penonton tentang perkara yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan penonton atau membolehkan penonton menerima perkara yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan. |
label of free convection | aras olakan bebas | Sains | Hidrometeorologi | Aras suatu kompok udara terjulang secara adiabatik kering sehingga tepu dan ketepuan secara adiabatik selepas itu mula menjadi lebih panas dibandingkan dengan kawasan sekitarnya dalam keadaan atmosfera tak stabil. Pada gambarajah termodinamik, aras olakan bebas dinyatakan dengan titik silangan kelok proses yang mewakili proses diikuti kelompok yang sedang naik, dan kelok dugaan yang mewakili kadar tukaran suhu di persekitaran itu. Dari aras olakan bebas ke titik tempat kompok yang naik sekali lagi menjadi lebih sejuk daripada persekitarannya, atomosfera dicirikan oleh ketakstabilan pendam. Di seluruh kawasan ini, kompok udara akan memperoleh tenaga kinetik semasa naik. |