Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ka] | دوک

Definisi : (perasaan hati yg) susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yg amat sangat; berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya; berdukakan sl berduka kerana (akan), ber­sedih (bersusah) hati kerana (akan), men­derita (menahan) duka: mana ~ negeri di­timpa kemalangan dan mana pula ber­sedihkan permaisuri yg sedang gering; mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, men­dukacitakan: sikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya; kedukaan 1. perihal (sesuatu) yg men­dukakan, kesedihan, kesusahan hati, ke­dukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. ark dlm perkabungan, dlm kesedihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ka] | دوک

Definisi : (perasaan) susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duka

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berat sama dipikul,
     ringan sama dijinjing.

Bermaksud :

Suka duka sama-sama ditanggung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pleasure-pain principleprinsip suka dukaSosiologiTiadaTiada
monodymonodiKesusasteraanTiada2. Sajak duka ynag disampaikan oleh seorang peratap untuk menyatakan rasa kedukacitaannya sendiri.
real-life dramadrama hidupKomunikasiTiadaDrama tentang kehidupan sebenar manusia yang dipenuhi dengan kisah suka duka dan sebagainya.
lacrimosolacrimosoMuzikTiada

 Pemuzik bermain dengan perasaan sedih dan pilu untuk menonjolkan perwatakan muzik yang murung dan duka. Sinonim lagrimando, lagrimoso.


Kembali ke atas