dungun | dungun | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Heritiera littoralis daripada famili Sterculiaceae. Nama lain di Sabah ialah dungun laut dan melabu. Gubal kayu dungun berwarna coklat muda atau coklat kemerahan, dan berunsur-unsur bersebati dengan teras kayunya yang berwarna coklat merah atau coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 785 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang amat keras dan berat. kayu dungun kuat, sukar dikerjakan, lambat mengering, dan mempunyai ketahanan. Kayu ini digunakan untuk struktur binaan sederhana dan berat; dan sebagai kayu cerucuk, tiang, lantai tahan lasak, hulu perkakas, dan sampan. |
dungun paya | dungun paya | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Engelhardtia spp. daripada famili Juglandaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk paar dan teraling. Spesies utama kayu dungun paya termasuk Engelhardtia serrata dan E. spicata. Gubal kayu dungun paya berwarna kelabu, atau coklat kelabu dan tidak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah jambu muda dan menjadi coklat muda apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus dan kasar, dengan ira yang bersimpul atau lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu dungun paya mudah diproses dan dikeringkan, tetapi mudah retak dan rekah. |