Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata e-mail


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
E-mail (electronic mail)E-mel (mel elektronik)Teknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej dan lampiran dokumen elektronik dari peranti elektronik ke satu peranti elektronik lain.
e-maile-melKomputerTiadaTiada
e-maile-melTeknologi MaklumatTiadaMemo, surat dan mesej yang dihantar secara elektronik daripada pengguna komputer kepada pengguna komputer melalui rangkaian Intranet dan Internet. Penghantaran ini berlaku dalam beberapa saat walaupun dihantar ke komputer yang terletak
junk e-maile-mel remehTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerLihat penspaman.
e-mail addressalamat e-melTeknologi MaklumatTiadaRentetan pergerakan unit yang mengandungi nama pengenalan pengguna, nama hos dan nama domain yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima e-mel.
e-mail harvestingpungutan e-melTeknologi MaklumatPerisianProses automatik yang menggunakan perisian bot untuk menggelintar alamat e-mel yang terdapat pada laman web. Kemudian, alamat e-mel ini dipungut dan diletakkan ke dalam pangkalan data yang akan digunakan untuk menghantar e-mel yang tidak diminta.
e-mail bombbom e-melTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan penafian khidmat yang melibatkan penghantaran bilangan e-mel yang amat banyak dan besar kepada suatu sasaran. Serangan ini menyebabkan ruangan e-mel yang diumpukkan kepada seseorang pengguna digunakan sepenuhnya dan pengguna tersebut tidak dapat menerima e-mel yang sah. Bom e-mel mampu melumpuhkan sistem komputer yang disasarkan kerana perlu memproses penerimaan e-mel yang terlalu banyak dan di luar keupayaannya. Bom e-mel juga merupakan kesan sampingan daripada serangan melalui e-mel secara automatik oleh kod hasad. Contohnya, serangan oleh cecacing Nimda atau virus Lovebug.
mail bombbom melTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKod hasad yang menghantar timbunan e-mel yang tidak berhenti kepada suatu sasaran sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat.
junk mailmel remehTeknologi MaklumatTiadaE-mel yang diterima tetapi tidak relevan atau tidak berguna.
electronic mail addressalamat mel elektronikTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada pengenalan pengguna yang berdaftar dengan sesuatu pelayan mel elektronik yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi tempat pengguna itu bekerja (seperti dpb (Dewan Bahasa dan Pustaka), ukm (Universiti Kebangsaan Malaysia), dan lain-lain), atau organisasi perniagaan/bebas (seperti yahoo, mimos, tmnet dan lain-lain). Alamat mel elektronik (atau e-mel) berbentuk seperti berikut: @ Contohnya, arh@dbp.gov.my bermaksud pengguna arh berdaftar dengan pelayan e-mel yang nama domainnya ialah dbp.gov.my. Pelayan e-mel akan menyediakan fail kotak e-mel yang saiznya bergantung kepada sesuatu organisasi (contohnya 1MB atau lebih) untuk menyimpan e-mel yang diterima, dihantar keluar ataupun disimpan oleh pengguna tersebut.
12

Kembali ke atas