Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata e-perkhidmatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
24/7 e-learning serviceperkhidmatan e-pembelajaran 24/7Teknologi Maklumate-PembelajaranPerkhidmatan e-pembelajaran yang disediakan sepanjang hari selama 24 jam dan 7 hari seminggu oleh sesuatu syarikat pembekal kandungan dan alatan e-pembelajaran. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah sokongan teknikal, perundingan, analisis dan khidmat nasihat.
crowd-source contentkandungan sumber khalayakTeknologi Maklumate-PembelajaranBahan kandungan untuk platform perkhidmatan seperti platform e-pembelajaran, e-beli belah, e-tempahan, blog dan sebagainya yang disumbangkan oleh orang ramai secara terbuka. Kaedah penyumberan khalayak ini lebih bermakna bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan melalui platform yang disediakan.
freemailmel percumaTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan e-mel percuma berasaskan web yang boleh dicapai dari mana-mana komputer yang bersambung ke Internet. Pengguna tidak perlu mempunyai akaun pembekal khidmat Internet untuk capaian.
e-therapye-terapiTeknologi Maklumate-KesihatanPerkhidmatan yang merupakan perkembangan terkini dalam pembangunan bidang kesihatan, khususnya kesihatan mental. Ahli terapi atau kaunselor akan memberikan bantuan dan nasihat psikologi secara dalam talian kepada pesakit menggunakan e-mel, telesidang video, realiti maya dan sembang maya. E-terapi juga dikenali sebagai terapi internet atau teleterapi.
e-radiologye-radiologiTeknologi Maklumate-KesihatanPerkhidmatan radiologi yang disokong oleh penggunaan teknologi bagi membolehkan pengamal perubatan melihat, menganalisis, melapor, menyimpan dan mendapatkan semula maklumat radiologi pesakit secara elektronik atau digital. Perkhidmatan ini memudahkan pertukaran maklumat dan dapat mengurangkan kos perubatan.
e-diagnosise-diagnosisTeknologi Maklumate-KesihatanProses penelitian maklumat pesakit secara elektronik yang lazimnya digunakan untuk melengkapkan pendekatan e-perundingan. Proses ini melibatkan pengumpulan kemahiran pakar perubatan dalam pangkalan data agar perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit, terutamanya yang jauh dari hospital.
e-healthe-kesihatanTeknologi Maklumate-KesihatanPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta inovasi untuk mempertingkat kesihatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Antara sistem yang menggunakan teknologi terkini ialah rekod kesihatan elektronik (EHR), rekod perubatan elektronik (EMR), dan sistem maklumat hospital (HIS). Sinonim e-perubatan.
e-zinee-majalahTeknologi MaklumatTiadaMajalah dalam bentuk digital yang diterbitkan melalui Internet, BBS atau perkhidmatan dalam talian yang lain yang biasanya diberi secara percuma. Lihat juga e-jurnal.
e-businesse-niagaPentadbiranTiadaPendekatan atau bentuk perniagaan yang berteraskan teknologi moden secara elektronik. Pendekatan baru ini menggunakan internet sebagai medium perantara dalam urusan perniagaan seperti pemasaran dan pengiklanan produk, perkhidmatan, artikel, berita dan sebagainya. Contohya, syarikat yang menggunakan pendekatan e-niaga akan mewujudkan laman web tersendiri untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dan boleh dilayari oleh masyarakat di seluruh dunia. Pendekatan ini merupakan kaedah perniagaan yang cukup efisien dan interaktif dengan kos yang paling minimum.
e-businesse-niagaTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada perniagaan dalam talian termasuk Internet, yang bukan sahaja pembelian dan penjualan, tetapi termasuk perkhidmatan dan berkolaborasi dengan rakan niaga. Syarikat menggunakan web untuk membeli alat ganti dan bekalan
12345

Kembali ke atas