emote | emot | e-Sukan | Tiada | Ciri perintah yang menyebabkan watak pemain dalam permainan melakukan ekspresi seperti bersorak dan berterima kasih kepada watak lain. |
skin (online gaming) | kekulit (permainan dalam talian) | e-Sukan | Tiada | Sesuatu yang dikenakan pada sebarang objek untuk tujuan kosmetik termasuklah alatan dan kostum pada karakter untuk menjadikan permainan lebih menarik. |
buff (online gaming) | buf (permainan dalam talian) | e-Sukan | Tiada | 1. Kuasa yang diperoleh pemain setelah bertempur dan mematikan sesuatu objek dalam permainan video dalam talian. 2. Kuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk meningkatkan kekuatan sesuatu karakter dalam permainan. |
nerf (online gaming) | nerf (permainan dalam talian) | e-Sukan | Tiada | Kuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk mengurangkan kekuatan sesuatu karakter bagi mencapai keseimbangan dalam permainan. |
skin (online gaming) | kekulit (permainan dalam talian) | e-Sukan | Tiada | Sesuatu yang dikenakan pada sebarang objek untuk tujuan kosmetik termasuklah alatan dan kostum pada karakter untuk menjadikan permainan lebih menarik. |
electric bike (e-bike) | basikal elektrik | Sukan | Tiada | Basikal yang dilengkapi motor elektrik untuk membantu pendorongan tunggangan. |
value part | nilai unsur | Sukan | Tiada | Unsur yang diiktiraf oleh F.I.G dan mempunyai nilai masing-masing. Ia dikategorikan sebagai A, B, C, D dan E. |
push technology | teknologi tolak | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah atau konsep dalam teknologi aplikasi pelayan/pelanggan yang menghantar maklumat kepada pelanggan tanpa perlu diminta oleh pelanggan. Media siaran menggunakan "teknologi tolak" sebab maklumat dihantar tanpa mengira sama ada pendengar atau penonton mengikuti siarannya itu. Teknologi ini juga dikenali sebagai teknologi siaran berita atau siaran net. Contoh penggunaan konsep "teknologi tolak " ini adalah seperti perkhidmatan e-mel, portal, radio net, perkhidmatan harga terbitan stok, berita sukan, kewangan dan SMS.Lihat juga siar web |