caricature | karikatur | Kesenian | Tiada | 1. Gambar ejekan atau sindiran yang kadang kala mempunyai unsur lucu. |
persiflage | kata senda;olokan | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang mengandung sindiran, ejekan dan lelucon. |
sarcastic | sarkastik | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk ironi dalam pengucapan termasuk kata-kata ejekan, kejian atau penghinaan yang disampaikan secara tidak langsung. |
satirical poem | puisi satira | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang membicarakan persoalan dengan menggunakan unsur-unsur ironi atau ejekan. |
irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | 1. Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.,2. Sindiran, cemuhan atau ejekan. |
irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | 1. Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.,2. Sindiran, cemuhan atau ejekan. |
sarcasm | sindiran | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi. |
litany | litani | Kesusasteraan | Tiada | Rangkaian doa yang diucapkan oleh pasukan koir gereja. Litani mengandungi untaian permohonan, pujian dan kebaktian yang disampaikan bersama-sama, bersahut-sahutan atau berulang-ulang. Jenis pengulangan ini ditiru daripada sajak duniawi Barat yang menyentuh pelbagai topik, sama ada berkaitan dengan agama, falsafah atau sentimen lagu. Isinya boleh bersifat bersungguh-sungguh atau ejekan, namun pengulangan yang terdapat dalam sajak ini masih dianggap tinggi nilai sasteranya. |
operetta | operetta | Muzik | Tiada | Opera bersaiz kecil yang mengandungi ouverture, lagu, entr'acte dan tarian. Pada abad ke-17 dan abad ke-18, operetta biasanya berkait rapat dengan opera buffa, opera comique dan singspiel. Pada abad ke-19, operetta ini merupakan opera tidak serius yang mengandungi nyanyian, dialog dan tarian. Ceritanya bercirikan jenaka, ejekan dan sindiran. Contohnya, Mikado (1885) yang dicipta oleh Gilbert dan Sullivan. |