test excavation | ekskavasi percubaan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi yang dilakukan pada satu petak untuk melihat potensi arkeologi pada tapak kajian sebelum ekskavasi menyeluruh dijalankan. Ekskavasi percubaan biasanya akan dijalankan sehingga lapisan budaya pertama ditemui atau pada kedalaman yang munasabah. Sinonim gali cari percubaan. |
excavation unit | unit ekskavasi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Gabungan beberapa petak ekskavasi yang meliputi kawasan penyelidikan yang telah ditentukan. Gabungan beberapa petak ekskavasi juga boleh diperluas sekiranya data arkeologi yang ditemui bersambungan di luar kawasan penyelidikan. Penggalian boleh juga ditumpukan hanya kepada beberapa petak yang dianggap berpotensi mempunyai data dan dipilih secara rawak tetapi penggalian bukan bersifat ekskavasi percubaan. Sinonim unit gali cari. |
research excavation | ekskavasi penyelidikan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi bersistematik yang bertujuan untuk menyelidik dan mengetahui fungsi sesuatu tapak yang melibatkan kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan fitur. Ekskavasi ini dilakukan secara terancang mengikut fasa dalam jangka masa tertentu. Sesuatu tapak dikenal pasti potensinya melalui pelbagai kaedah penyelidikan awal termasuk melalui sumber bertulis, survei, ekskavasi percubaan dan kaedah saintifik. Sinonim gali cari penyelidikan. |
quadrant method | kaedah sukuan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah yang digunakan dalam ekskavasi. Contohnya pada petak ekskavasi A3 dengan keluasan sekitar 200 sentimeter x 200 sentimeter tidak akan digali keseluruhannya tetapi hanya melihatkan 100 sentimeter x 100 sentimeter sahaja. Maka kaedah ini dikenali dengan nama kuadran A, B, C atau D (mengikut arah mata angin) petak A3. Kaedah ini juga sesuai digunakan pada petak ekskavasi yang berada di pinggir bukit atau tanah tinggi (permukaan tanah yang tidak rata). |
stepped excavation | ekskavasi bertakat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi melibatkan kawasan petak yang dalam dan berbentuk seperti tangga, iaitu antara satu lapisan dengan satu lapisan lain yang tidak sama aras ketinggiannya. Ekskavasi bertakat bertujuan memudahkan laluan keluar masuk ke petak penggalian, melihat kesinambungan artifak atau fitur antara dua petak berhampiran dan melihat keluasan sebenar tapak yang mengandungi data arkeologi. Kaedah ini kerap digunakan pada tapak perkotaan dan monumen. Sinonim gali cari bertakat. |
rescue excavation | ekskavasi penyelamatan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi yang dilakukan untuk menyelamatkan data arkeologi daripada musnah. Usaha ini dilakukan sebelum dan semasa kegiatan pembangunan dijalankan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kaedah penyelidikan arkeologi yang standard diamalkan dalam proses ekskavasi ini. Contohnya, projek pembangunan di Bandar Hilir, Melaka. Sinonim gali cari penyelamatan. |
systematic excavation | ekskavasi bersistem | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi yang dilakukan secara teratur berdasarkan prinsip arkeologi. Penyelidikan mempunyai data rekod yang terperinci terhadap kedalaman petak penggalian, kedudukan artifak dan laporan keseluruhan gali cari. Penyelidikan ini dilakukan secara terancang dan berakhir dengan hasil yang dapat disahkan melalui analisis makmal, analogi dan interpretasi data. Pendekatan ini diterap pada tapak yang telah dikenal pasti kesahihan peninggalan yang dimulakan dengan kaedah survei. Sinonim gali cari bersistem. |
clearing excavations | ekskavasi datar | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi yang dilakukan secara mendatar pada setiap lapisan dengan teliti. Tahap penggalian berdasarkan ukuran kedalaman yang standard untuk tujuan perapian pada setiap spit. Lukisan pelan petak dilakukan berasaskan pada kedalaman yang terakhir setelah mencapai tanah mandul atau tanah asal. Sinonim gali cari datar. |
vertical face excavation | ekskavasi permukaan tegak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi yang dilakukan secara menegak. Proses ini dibahagikan kepada dua kaedah, pertama, penggalian dari permukaan hingga ke tanah mandul. Petak yang lain digali berpandukan kedalaman petak sebelumnya. Kedua, penggalian dilakukan dengan kaedah yang sama tetapi terdapat pemisah (permatang) antara petak. Pemisah ini turut digali hingga menjadi bentuk parit yang memanjang. Kaedah ini digunakan untuk melihat taburan artifak dan susunan stratigrafi tapak. Sinonim gali cari permukaan tegak. |
datum point | titik datum | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Titik rujukan yang dikenal pasti di suatu sudut yang sesuai di tapak ekskavasi yang bersifat kekal dan dirujuk semasa membuat bacaan ketinggian aras dan arah pada petak ekskavasi. Titik rujukan ini memudahkan kesinambungan ekskavasi di tapak yang sama pada masa akan datang dan untuk mengesan ketepatan bacaan ketinggian setiap kotak ekskavasi, lapisan budaya dan stratigrafi. Contoh titik rujukan ialah batu sempadan tanah. |