explicit | eksplisit | Kesusasteraan | Puisi | Lihat tersurat. |
accounting cost | kos perakaunan | Ekonomi | Tiada | Kos eksplisit yang dibayar untuk mendapatkan input syarikat dalam proses pengeluaran. |
formal curriculum | kurikulum formal | Pendidikan | Tiada | Kurikulum bertulis yang dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk dokumen untuk digunakan sebagai asas pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu kursus atau program pengajian. |
ignorable coordinate | koordinat terabaikan | Fizik | Mekanik | Koordinat yang tidak muncul secara eksplisit di dalam persamaan Lagrange. Persamaan Lagrange, yakni: menjadi momentum pk = adalah pemalar gerakan. koordinat berkitar. |
job step | langkah kerja | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pelaksanaan atur cara komputer yang dikenal pasti secara eksplisit dengan menggunakan kenyataan kawalan kerja.,2. Satu unit pemprosesan yang terlibat dalam sesuatu tugas tentu |
invitee | para jemputan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Seseorang yang datang ke sesuatu tempat sama ada dijemput secara eksplisit atau implisit. Contoh: orang yang datang untuk membeli-belah di pasar raya. |
Commerce XML (CXML) | XML dagang (CXML) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawai yang digunakan dalam transaksi perniagaan dalam talian. Ia ialah metabahasa eksplisit yang mendefinisikan struktur pesanan pembelian, pengesahan pesanan dan dokumen-dokumen e-perniagaan yang lain. Struktur XML memudahkan perisian aplikasi untuk mencapai dan menghantar data ke perisian aplikasi lain. Ia merupakan sebahagian daripada protokol pindah hiperteks (HTTP) Web. |
open text | teks terbuka | Kesusasteraan | Tiada | Teks yang memungkinkan pelbagai interpretasi pembaca. Bahasa, tema dan strukturnya bersifat kompleks dan tidak eksplisit. Teks terbuka tidak khusus kepada mana-mana khalayak, dan wujud dalam pelbagai genre sastera. Konsep teks terbuka ini diutarakan oleh Umberto Eco untuk membezakannya dengan teks popular. Teks popular mempunyai sasaran khalayak khusus, contohnya teks cinta untuk golongan remaja. |
explicit | tersurat | Kesusasteraan | Puisi | Maksud sebuah puisi yang jelas difahami kerana penggunaan bahasanya tidak berkemungkinan membawa erti yang lain. Sinonim eksplisit. |
data type | jenis data | Teknologi Maklumat | Perisian | Set nilai dan set operasi kepada nilai-nilai tersebut. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan memasukkan konsep jenis data secara eksplisit. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan juga mentakrifkan jenis data tambahan dan operasi yang sah terhadap jenis data yang baharu tersebut. Contohnya, bahasa pengaturcaraan Java, jenis data ”int” mewakili set integer 32 bit dari -2,147,483,648 hingga nilai 2,147,483,647. Umumnya, jenis data boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu jenis data diskret dan jenis data komposit. Lihat juga jenis data diskret, jenis data komposit. |