archigram | arkigram | Kesenian | Seni Bina | Aliran seni bina yang muncul pada tahun 1960-an yang mempunyai ideologi masa hadapan (futuristik) dan menggabungkan seni bangunan dengan teknologi kejuruteraan mesin. Contohnya, bangunan kapsul di Ekspo 70 di Osaka, Jepun. |
sonata form/sonata-allegro | bentuk sonata | Muzik | Tiada | Bentuk muzik yang penting pada Zaman Klasik. Bentuk sonata digunakan dalam pelbagai genre seperti sonata, muzik kamar dan simfoni.Bentuk ini biasanya dalam gerakan muzik pertama.Bentuk sonata terdiri daripada tiga bahagian, iaitu eksposisi, perkembangan dan rekapitulasi. Bahagian eksposisi memperkenalkan tema primer dalam nada tonik dan tema sekunder dalam nada berkaitan. Kedua-dua tema tersebut biasanya berbeza dari segi gaya dan suasana. Bahan transisi yang melibatkan modulasi terdapat antara tema primer dengan tema sekunder. Bahagian eksposisi tamat dalam nada berkaitan seperti nada dominan major atau nada submedian minor. Bahagian perkembangan mengembangkan bahan yang terdapat dalam eksposisi. Perkembangan rnerupakan bahagian yang mengalami beberapa modulasi secara berturutan. Bahagian rekapitulasi pula mengembalikan bahan dari eksposisi dalam nada tonik. Sebuah karya dalam bentuk sonata mun |
temporary installation | pemasangan sementara | Teknik | Elektrik | Pemasangan pendawaian yang tidak kekal. Mengikut peraturan pendawaian, pemasangan ini tidak boleh digunakan lebih daripada tiga bulan. Setiap tiga bulan pemasangan ini hendaklah diuji dan dibaiki sepenuhnya sebelum boleh digunakan semula. Contoh pemasangan ini ialah pemasangan lampu hiasan di jalan raya sempena menyambut sesuatu perayaan, pemasangan lampu hiasan di kawasan pameran dan ekspo, dan pemasangan lampu penyuluh bangunan. |