Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.tra.di.si] | ايکستراديسي

Definisi : (ékstradisi) (Udg) pengembalian penjenayah oleh sesebuah negara ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara itu supaya penjenayah tersebut dapat dibicarakan di negara berkenaan; mengekstradisi melakukan ekstradisi: Amerika Syarikat tidak per (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.tra.di.si] | ايکستراديسي

Definisi : /ékstradisi/ penyerahan seseorang penjenayah atau yg tertuduh kpd negara tempat jenayah dilakukan utk dibicarakan. mengekstradisi menyerahkan seseorang penjenayah atau yg tertuduh kpd negara tempat jenayah dilakukan utk dibicarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekstradisi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political offencekesalahan politikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKesalahan yang dilakukan berkaitan dengan kekacauan politik atau sebahagian daripada kekacauan politik. Kesalahan politik biasanya menjadi pengecualian dalam penyerahan balik seseorang yang dikehendaki oleh negara lain. Lazimnya, pengecualian ini disebut dalam triti ekstradisi atau statut ekstradisi. Di Malaysia, seksyen 3(i) Akta Ekstradisi 1992 memperuntukkan bahawa seseorang penjenayah tidak boleh diserah balik ke negara asalnya atas sesuatu kesalahan politik. Contoh kesalahan politik ialah pengkhianatan, pengintipan dan hasutan.
extraditionpenyerahan balikSains PolitikHubungan AntarabangsaPenghantaran pulang individu atau pelarian ke negara asalnya berasaskan perjanjian ekstradisi yang dibuat antara negara. Secara umumnya, perjanjian tersebut telah menetapkan bahawa sesebuah negara tiada kewajipan mengembalikan pelarian politik. Pelarian politik boleh diberikan hak suaka politik atas prinsip perikemanusiaan. Hal ini selari dengan fasal 14 dalam Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kembali ke atas