Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.tra.sél] | ايکستراسيل

Definisi : (ékstrasél) (Bio) berlaku atau terletak di luar sel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekstrasel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extracellular fluidbendalir ekstraselMakanan dan PemakananPemakananCecair yang hadir di luar sel tubuh termasuk cecair intravaskular (plasma darah) dan cecair ruang-antara sel dalam tisu (cecair interstitial). Plasma darah dan cecair interstitial ialah dua komponen yang merangkumi sekurang-kurangnya 97% daripada jumlah cecair ekstrasel. Cecair ekstrasel mewakili 1/3 daripada jumlah air badan.
parathyroid hormonehormon paratiroidVeterinarTiadaHormon yang dirembeskan oleh kelenjar paratiroid. Hormon ini mengawal kepekatan kalsium dalam cairan ekstrasel, yang juga ditentukan oleh pergerakan kalsium dari tulang ke cairan ekstrasel dan sebaliknya. Pada bahagian ginjal, hormon ini berfungsi meningkatkan penyingkiran fosforus dan mengurangkan penyingkiran kalsium melalui penyerapan semula. Pada bahagian usus kecil, hormon ini berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium, fosforus dan magnesium. Kekurangan hormon ini boleh menyebabkan otot bergetar dan dalam situasi yang serius boleh menyebabkan keadaan konvusi pada ternakan.
sodiumnatriumVeterinarTiadaSimbol: Na. Unsur logam berwarna perak lembut yang diperlukan oleh haiwan untuk mengekalkan imbangan asid-bes dan mengawal isi padu bendalir ekstrasel, terlibat dalam pengecutan otot dan penghasilan cairan hempedu. Unsur ini terdapat di dalam tisu lembut dan cairan tubuh. Unsur ini berkait rapat dan berinteraksi dengan kalium serta magnesium. Kekurangan unsur ini boleh merencatkan pertumbuhan, mengurangkan penghasilan telur pada ayam dan mengurangkan pencernaan protein serta tenaga. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada garam biasa.
intravascular fluidbendalir intravaskularMakanan dan PemakananPemakananBahagian cecair darah (plasma) yang terkandung dalam arteri, vena dan kapilari. Jumlahnya ialah kira-kira 15% daripada cecair ekstrasel.
sodiumnatriumFarmasiTiadaUnsur logam berbentuk pepejal lembut yang berwarna putih, kaustik, mudah teroksida dalam udara, sangat reaktif, merupakan konduktor yang baik, dan terurai dalam air untuk membentuk natrium hidroksida dan membebaskan hidrogen. Ionnya adalah elektrolit penting dalam plasma darah dan bendalir ekstrasel yang pada paras darah normal adalah lebih kurang 140 milisetara per liter dan merupakan kation ekstrasel utama.
blood pressuretekanan darahVeterinarPraklinikalTekanan terhadap dinding arteri. Tekanan darah dipengaruhi oleh beberapa faktor; iaitu pengepaman jantung; rintangan kepada aliran darah dalam arteriol; kebolehlenturan dinding arteri utama; isi padu darah; isi padu bendalir ekstrasel dan; kepekatan dan kelikatan darah. Tekanan darah digunakan sebagai petunjuk pada kesihatan sistem edaran. Tekanan darah tinggi atau hipertegangan akibat penyakit sekunder; seperti kegagalan renal dan hipertiroidisme pada kucing dan penyakit Cushing pada anjing.

Kembali ke atas