electromechanical dissociation | disosiasi elektromekanik | Perubatan | Tiada | Keadaan jantung yang mempunyai aktiviti elektrikal tetapi tiada aktiviti mekanikal dan menyebabkan tiada keluaran jantung. Keadaan ini boleh berlaku semasa tamponad jantung, pneumotoraks tegangan dan hipovolemia teruk. |
protocol | protokol | Teknologi Maklumat | Perisian | Satu set peraturan formal yang menghuraikan cara penghantaran data, terutamanya merentasi suatu rangkaian. Terdapat dua jenis protokol, iaitu protokol peringkat rendah dan protokol peringkat tinggi. Protokol peringkat rendah mengendalikan piawaian elektrikal dan fizikal seperti turutan bit, penghantaran data, pengesanan ralat dan pembetulan rentetan bit. Protokol peringkat tinggi pula mengendalikan penformatan data termasuk sintaks, set aksara dan jujukan mesej. |