electromagnetic momentum | momentum elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Momentum yang dipindahkan oleh sinaran elektromagnet dan ketumpatan isipadu momentum tersebut sama dengan vektor Poynting dibahagi dengan halaju cahaya kuasa dua. |
electromagnetic radiation | sinaran elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Sinaran yang boleh dianggap sebagai gelombang elektromagnet di hasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet. |
electromagnetix theory | teori elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Teori yang mengungkap terori graviti dan teori elektromagnet dalam satu rangka kerja. |
electromagnet radiation | sinaran elektromagnet | Fizik | Moden | Gelombang elektromagnet dan tenaga elektromagnet yang berkaitan. |
electromagnetic field | medan elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Medan elektrik atau medan magnet atau gabungan kedua-duanya seperti dalam gelombang elektromagnet. |
electromagnetic interaction | saling tindakan elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Saling tindakan zarah-zarah keunsuran yang terhasil daripada gandingan cas dengan medan elektromagnet. |
radiation | sinaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pemindahan haba dalam sistem vakum melalui gelombang elektromagnet. Gelombang elektromagnet hanya akan memindahkan tenaga haba jika terdapat jisim atau bahan di dalam laluannya, dan tenaga yang terserap di dalam bahan tersebut ialah tenaga haba sinaran. |
electromagnet | elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Magnet yang terjadi daripada gegelung yang membawa arus yang dibalikkan pada teras keluli atau besi lembut. 2. Cabang ilmu Fizik yang membincangkan prinsip atau hukum tentang kaitan keelektrikan dengan kemagnetan dan juga tentang kemagnetan yang dihasilkan oleh arus elektrik. |
electromagnetic | spektrum elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Julat keseluruhan panjang gelombang atau frekuensi sinaran elektronmagnet yang meliputi daripada gelombang radio paling panjang ke sinar kosmos paling pendek yang diketahui. |
electromagnetic induction | aruhan elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | penghasilan daya gerak elektrik di dalam sama ada melalui gerakan pengkonduksi melalui medan magnet untuk merentasi fluks magnet atau melalui perubahan fluks magnet mengelilingi pengkonduksi. aruhan magnet. aruhan saling. |