aggregation chimera | kimera pengagregat | Biologi | Genetik | Kimera mamalia yang terbentuk melalui campuran sel dua embrio. Embrio komposit yang terhasil kemudiannya dipindahkan ke dalam utrus ibu pengganti tempat embrio itu akan berkembang. |
protoembryo | protoembrio | Biologi | Histologi dan Sitologi | Struktur embrio sebelum embrio sebenar wujud. |
mesocardium | mesokardium | Perubatan | Tiada | 1. Bahagian mesenteri embrio yang menghubungkan jantung embrio dengan dinding badan di hadapan dan gut depan di belakang.,2. Miokardium. |
physiological dormancy | kedormanan fisiologi | Botani | Tiada | Kedormanan embrio. Pada peringkat ini embrio melalui aktiviti metabolik yang minimum dan memerlukan masa untuk matang sepenuhnya. Kedormanan ini boleh disebabkan oleh kehadiran perencat pertumbuhan, kekurangan bahan penggalak pertumbuhan atau kekurangan keseimbangan hormon. |
hexacanth embryo | embrio heksakan | Perubatan | Tiada | Embrio yang terdapat di dalam kebanyakan telur cacing pita seperti Taenia saginata, T. solium dan spesies Echinococcus. Embrio ini mempunyai enam cangkuk dan disebut onkosfera. |
Mullerian duct | duktus Mullerian | Veterinar | Praklinikal | Duktus berpasangan dalam embrio. Dalam perkembangan embrio betina; duktus Mullerian akan berkembang menjadi sistem duktus betina. Sistem duktus ini termasuk oviduk; uterus; serviks dan vagina. Banding Wolffian duct. |
Wolffian duct | duktus Wolffian | Veterinar | Praklinikal | Duktus berpasangan dalam embrio. Dalam perkembangan embrio jantan; duktus Wolffian akan berkembang menjadi sistem duktus jantan. Sistem duktus ini termasuk vas eferens; epididimis; vas deferens dan uretra. Banding Mullerian duct. |
embryo transfer | pemindahan embrio | Bioteknologi | Tiada | Teknik memindahkan embrio daripada betina penderma kepada betina penerima yang kemudiannya bertindak sebagai ibu tumpang bagi perkembangan embrio tersebut. |
embryo rescue | penyelamatan embrio | Herba | Botani dan Bioteknologi | Teknik untuk menyelamatkan embrio zigot yang belum matang dan tidak lengkap yang dihasilkan daripada persenyawaan. Embrio ini dipotong dan dikultur untuk membentuk tumbuhan hibrid. |
rudimentary embryo | embrio rudimentari | Pertanian | Agronomi | Embrio yang terdapat di dalam biji benih yang belum matang. Sekiranya ditanam, biji benih tidak akan bercambah untuk menghasilkan anak benih disebabkan embrio rudimentari tidak berupaya untuk tumbuh. |