Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.na.mel] | اينامل

Definisi : (énamel) 1. lapisan cat dll yg berkilat pd permukaan logam dll (utk menghindarkannya drpd berkarat dll); 2. lapisan luar yg keras pd gigi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.na.mel] | اينامل

Definisi : /énamel/ 1 lapisan cat dll yg berkilat pd permukaan logam dll utk mengelakkannya drpd berkarat. 2 ist lapisan luar yg keras pd gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enamel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mottled enamelenamel motelPergigianTiadaKecacatan permukaan enamel yang berlaku semasa pembentukannya. Permukaan enamel motel kelihatan bertompok putih. Keadaan ini berlaku akibat gangguan seperti infeksi, trauma atau pengingesan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak atau ibu mengandung semasa pembentukan tisu enamel. Kecacatan ini boleh dirawat dengan membuat korona atau venir.
enamel fracturefraktur enamelPergigianTiadaEnamel yang patah akibat kemalangan, karies atau gigitan yang berat. Fraktur enamel boleh mendedahkan dentin dan mengakibatkan gigi menjadi sensitif. Fraktur enamel yang kecil boleh dirawat dengan restorasi komposit manakala fraktur enamel yang besar boleh dirawat dengan pembuatan korona.
enamelenamelKejuruteraanPolimerSebatian pigmen yang terserak di dalam satu cecair tertentu. Enamel akan membentuk satu lapisan saput yang merekat kuat pada permukaan yang dikenakan. Perekatan enamel adalah hasil tindak balas pempolimeran, pengoksidaan, atau tindak balas kimia yang lain. Biasanya, cecair yang digunakan ialah resin termoset dan pelarut. Lapisan saput lembut akan terbentuk di permukaan sebaik pelarut meruap, dan saput akan mengeras atau mengawet pada suhu bilik atau pada suhu yang lebih tinggi seperti di dalam ketuhar. Misalnya, cat kereta.
enamel hypomineralizationhipomineralisasi enamelPergigianTiadaGangguan yang berlaku di peringkat kedua pembentukan enamel iaitu semasa proses pemineralan. Punca gangguan ini boleh disebabkan trauma atau infeksi. Enamel akan kelihatan bertompok-tompok putih di kawasan yang terlibat. Ketebalan enamel adalah normal tetapi kurang termineral. Rawatan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuat venir berlapis atau korona.
neonatal enamelenamel neonatalPerubatanTiadaEnamel yang terbentuk di peringkat awal selepas kelahiran, biasanya terdapat di gigi desidus dan gigi kekal molar pertama.
tubular enamelenamel tubulPerubatanTiadaEnamel yang terdapat pada kumpulan mersupial dan mempunyai struktur bertubul.
transitional enamelenamel peralihanPerubatanTiadaEnamel baru terbentuk, berstain biru oleh stain Mallory dan mempunyai struktur prisma yang jelas.
vitreous enamelenamel berkacaKesenianTiadaEnamel yang diperbuat daripada bahan kaca untuk menyalut permukaan logam.
enamel defectkecacatan enamelPergigianTiadaPermukaan enamel yang cacat disebabkan gangguan seperti jangkitan, pengambilan ubat seperti tetrasiklin atau trauma pada gigi susu yang berlaku semasa pembentukan enamel. Gangguan ini juga juga boleh berlaku semasa bayi di dalam kandungan atau selepas dilahirkan. Ini akan mengakibatkan permukaan enamel menjadi kasar, beralun atau kehitaman. Biasanya kecacatan ini boleh dirawat dengan restorasi komposit, venir berlapis atau korona.
aprismatic enamelenamel tanpa prismaPerubatanTiadaLapisan luar enamel, tebalnya beberapa mikron dan dipercayai tidak berprisma.
12345678910...

Kembali ke atas