crankcase | kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian bawah enjin yang menyokong dan menjadi perumah kepada aci engkol. Kotak engkol membentuk bahagian bawah blok silinder dan mengandungi takungan minyak pelincir untuk melicinkan operasi aci engkol dan komponen yang bersambung dengannya. |
crank-effort diagram | gambar rajah engkol-usaha | Mekanik | Gunaan | Plot bagi kilas yang bertindak pada aci engkol lawan sudut engkol. Luas di bawah lengkung yang berkenaan memberikan nilai kerja yang dilakukan oleh aci engkol. |
positive crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol positif | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pengalih udara kotak engkol yang menggunakan ruang vakum pancarongga pengambilan untuk menyedut gas dari kotak engkol ke pancarongga pengambilan untuk dibakar. Gas dari kotak engkol terdiri daripada gas tiup pintas dan wap minyak pelincir. Sistem ini juga menghalang udara dari kotak engkol bebas ke atmosfera bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar. |
crankshaft | aci engkol | Kejuruteraan | Tiada | utama bagi engkol dipasangkan, dengan sebab itu ia menerima dan memindahkan gerakan membulat engkol. |
crankshaft gear | gear aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gegancu yang dipasang pada hujung aci engkol dan berfungsi untuk memacu gear atau gegancu pada aci sesondol. Nisbah gear di antara gear aci engkol dengan gear aci sesondol ialah 2:1 yang menghasilkan laju putaran aci sesondol dua kali ganda berbanding laju putaran aci engkol. Kedua-dua gear atau gegancu ini dihubungkan menggunakan tali sawat atau rantai. Lihat juga gear aci sesondol. |
wobble crank | engkol gegaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Engkol yang mempunyai lemparan pendek untuk memberikan gerakan berbentuk elips kepada injap sarung. Engkol ini bersambung dengan injap sarung dengan menggunakan rod penyambung yang pendek dan mempunyai sendi bebola. |
corner brace | gerudi engkol/sudut; penyokong sudut | Kesenian | Tiada | 1. Gerudi engkol sudut: Penyokong sudut: Gerudi engkol yang berfungsi untuk menggerudi bahagian yang sempit atau berpenjuru.,2. Alat untuk menyokong dua permukaan yang bertemu pada satu sudut. |
crank web | web engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Laluan minyak pelincir dalam aci engkol. Laluan ini digerudi pada aci engkol untuk mengalirkan minyak supaya sampai ke permukaan galas jurnal dan galas tujah. |
two-throw crank | engkol dua lemparan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Aci dua engkol yang disusun bersudut tepat di antara kedua-dua engkol tersebut. Aci ini biasanya digunakan dalam enjin seperti enjin silinder susunan V. |
crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan. |