service provider | penyedia perkhidmatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Entiti yang menawarkan kemudahan kepada entiti-entiti lain. Penyedia perkhidmatan boleh dirujuk dalam konteks kebajikan, kesihatan, keselamatan, keselesaan, pendidikan dan teknologi. Penyedia perkhidmatan akan memberikan kesan positif kepada individu, masyarakat dan organisasi untuk memudahkan urusan dan melancarkan sistem pentadbiran. Antara contoh penyedia perkhidmatan ialah akses Internet, pengendali telefon bimbit, pengaturcaraan aplikasi laman web, sistem penghantaran dan sebagainya. |
counterterrorism | cegah keganasan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Amalan, taktik, teknik atau strategi ketenteraan yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan, tentera, polis atau entiti-entiti lain bagi menentang keganasan. Kebanyakan strategi cegah keganasan membabitkan peningkatan dalam aktiviti risikan oleh pihak berkuasa, termasuk melakukan pintasan komunikasi dan penjejakan terhadap individu disyaki. Kebanyakan negara menggubal undang-undang antikeganasan bagi menyatakan bahawa perbuatan seperti mengebom, merampas kapal terbang, menculik atau mengambil tebusan sebagai jenayah keganasan. Walau bagaimanapun, amalan cegah keganasan biasanya sering membawa kepada penghakisan hak asasi sivil dan politik kerana ia menggalakkan kes penahanan tanpa bicara, penangkapan sewenang-wenang dan pembunuhan tanpa izin mahkamah. |
legal entity | entiti sah; entiti undang-undang | Undang-undang | Tiada | Tiada |
international system | sistem antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sistem yang merangkumi satu kumpulan entiti politik yang berinteraksi antara satu sama lain menurut peraturan dan norma tertentu. Interaksi ini dipengaruhi oleh struktur dan pengagihan kuasa entiti politik yang terlibat. Dalam sesebuah sistem antarabangsa, tindakan yang dilakukan oleh sesuatu entiti memberi kesan terhadap entiti lain dalam sistem tersebut. Tahap kesan akibat tindakan sesuatu entiti adalah berlainan. Semakin kuat kuasa entiti itu, semakin jelas impak tindakannya terhadap entiti lain. Dalam sistem antarabangsa moden, entiti politiknya merupakan negara moden, manakala dalam sistem antarabangsa yang wujud sebelum sistem antarabangsa moden, entiti politiknya terdiri daripada kampung, negara kota dan empayar. Sistem yang pernah wujud sebelum sistem antarabangsa moden biasanya terbatas kepada kawasan tertentu sahaja dan tiada interaksi yang ketara berlaku antara entiti daripada sistem yang berlainan. Antara sistem antarabangsa yang muncul sebelum sistem antarabangsa moden ialah sistem antarabangsa Y |
strong entity | entiti kukuh | Teknologi Maklumat | Tiada | Entiti yang tidak bergantung kepada kewujudan entiti lain dalam model perhubungan entiti. |
weak entity | entiti lemah | Teknologi Maklumat | Tiada | Entiti yang kewujudannya bergantung kepada kewujudan satu entiti lain dalam model perhubungan entiti. |
metamorphosis | metamorfosis | Kesenian | Drama dan Teater | Penjelmaan watak daripada satu entiti kepada entiti yang lain, biasanya berkaitan dengan perubahan manusia kepada bukan manusia atau sebaliknya. |
entity relationship diagram | gambar rajah hubungan entiti | Teknologi Maklumat | Perisian | Rajah yang menggambarkan struktur logik suatu pangkalan data secara grafik. Rajah ini terdiri daripada beberapa komponen seperti set entiti, atribut, set hubungan dan pautan antara set serta atribut. Contohnya, set entiti diwakili oleh rajah berbentuk segi empat tepat, manakala atribut pula diwakili oleh rajah berbentuk bujur. Set hubungan diwakili oleh rajah berbentuk berlian. Pautan atribut kepada set entiti dan pautan set entiti kepada hubungan diwakili oleh garisan. |
existence dependent entity | entiti sandar wujud | Teknologi Maklumat | Tiada | Entiti yang hanya wujud dalam pangkalan data, bergantung kepada kewujudan satu atau lebih entiti lain dalam pangkalan data. |
one-to-one relationship | hubungan satu dengan satu | Teknologi Maklumat | Tiada | Perhubungan antara satu entiti dengan satu entiti lain. |