epigraphy | epigrafi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Bat |
epigraphy | epigrafi | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu yang mempelajari tulisan kuno pada prasasti. |
epigraphy | epigrafi | Komunikasi | Tiada | Tiada |
archaeological investigation | penyelidikan arkeologi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kajian terhadap hubungan antara manusia dengan tinggalan budaya material. Kajian ini meliputi pelbagai bidang seperti Prasejarah, Klasik, Islam, Epigrafi dan Protosejarah. Kajian ini juga mempunyai reka bentuk penyelidikan, sumber kewangan, kakitangan yang mencukupi dan terlatih, keahlian kumpulan pelbagai disiplin yang mampu untuk melakukan analisis dan mengeluarkan laporan akhir sebagai rumusan penyelidikan. Di Malaysia, laporan penyelidikan arkeologi diperlukan untuk memastikan sesuatu tapak pembangunan bebas daripada tinggalan budaya material sebelum tapak tersebut dimajukan. |
relative dating | pentarikhan relatif | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah penentuan umur artifak, budaya dan zaman secara umum. Umur ini ditentukan dengan membandingkan ciri artifak dengan kategori zamannya. Perbandingan ini boleh dilakukan ke atas porselin, arca, epigrafi dan tembikar tanah berdasarkan corak hiasan, langgam seni, gaya tulisan, penjenisan dan kronologi hiasan. Contohnya langgam seni hiasan arca berpengaruh Gupta berumur sekitar abad 9 M hingga 12 M. Sinonim umur relatif. |