Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epitelium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epitheliomaepiteliomaPerubatanTiadaKanser epitelium yang muncul daripada epitelium dan terbitan epitelium, seperti yang terdapat pada kulit, esofagus dan organ luar genitalia.
stratified columnar epitheliumepitelium turus berlintapBiologiHistologi dan SitologiSel epitelium berbentuk turus dan berlapis-lapis yang lebih tebal daripada epitelium biasa dan biasanya terdapat pada tisu kulit di bawah epitelium skuama berlintap.
stratifed squamous epitheliumepitelium skuama berlintapBiologiHistologi dan SitologiSel epitelium bak sisik yang berlapis-lapis dan biasanya terdapat pada permukaan kulit dan berfungsi sebagai lapisan pelindungan. Sel epitelium ini berpunca daripada lapisan epitelium turus yang menjadi pipih setelah ditolak keluar dan menjadikan sel-sel di permukaan kulitnya mati, lalu menjadi lapisan keratin.
transitional epitheliumepitelium peralihanBiologiHistologi dan Sitologiepitelium berstratum yang hanya terdiri daripada tiga atau empat lapisan sel yang berbentuk turus, kuboid dan leper. Epitelium seumpama ini terdapat di permukaan dalam uterus, pundi kencing, dan di bahagian pelvis buah pinggang vertebrat.
pseudostratifed epitheliumepitelium pseudostratumBiologiHistologi dan SitologiEpitelium yang sel-selnya bersentuh dengan membran basal. Sel-sel ini panjangnya tidak sama dan mempunyai nukleus yang berada pada paras yang berbeza-beza. Oleh kerana itu epitelium kelihatan seperti mempunyai beberapa lapisan sel.
ciliasiliumPerubatanTiadaCuaran seakan-akan rambut, yang sebilangan besarnya terdapat pada sel epitelium tertentu, terutama epitelium yang melapisi trek pernafasan atas. Fungsinya adalah menyingkir bahan asing di trek pernafasan.
neuroepitheliumneuroepiteliumBiologiHistologi dan Sitologi1. Lapisan superfisial pada sistem deria yang terdiri daripada sel-sel epitelium dan berfungsi menerima rangsangan dari luar, seperti yang terdapat pada koklea, vestibul, mukosa nasal, lidah dan lain-lain. epitelium deria. 2. Epitelium ektoderma yang akan membentuk sistem saraf. neuroektoderma.
ciliated surgical cystsista bedah bersiliumPerubatanTiadaSista yang terbentuk selepas pembedahan yang melibatkan sinus maksila, mempunyai epitelium yang sama seperti epitelium sinus maksila dan dirawat dengan pengenukleatan.
odontogenic epitheliumepitelium odontogenikPerubatanTiadaEpitelium yang membentuk struktur gigi.
crevicular epitheliumepitelium krevisPerubatanTiadaEpitelium yang menutupi bahagian dalam dinding tisu lembut krevis gingiva.
12345678910...

Kembali ke atas