Ethiopian | kumpulan Ethiopia | Geografi | Tiada | Tiada |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |
monolithic | monolitik | Kesenian | Seni Bina | Berkaitan dengan struktur yang besar, teguh dan berkarakter, biasanya diperbuat daripada bongkah batu tunggal berbentuk seperti tiang atau tugu. Istilah monolitik sering dikaitkan dengan penggunaan batu potong yang berasal dari Zaman Prasejarah dan ia masih melekat pada batu pepejal yang digunakan pada gereja monolitik di Ethiopia dan tiang monolitik di Mesir. |
Mossad | Polis Rahsia Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Badan perisikan Israel yang mempunyai kakitangan antara 1500 hingga 2000 orang. Badan ini bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat, aktiviti rahsia dan melakukan serangan balas terhadap keganasan. Perisikannya adalah tertumpu kepada negara dan organisasi Arab di serata dunia. Selain itu, ejen badan perisikan ini juga aktif di negara komunis dan blok barat. Badan ini bertanggungjawab dalam pemindahan sulit pelarian Yahudi keluar dari Syria, Iran dan Ethiopia. Salah seorang pengintip Mossad yang terkenal, iaitu Eli Cohen berjaya menembusi kerajaan Syria dan telah menghantar maklumat perisikan ke Israel selama dua tahun sebelum beliau digantung sampai mati di Dataran Damsyik. Pada tahun 1960, Mossad menculik penjenayah perang Nazi, Adolph Eichmann dari Argentina. Pada tahun 1988, pasukan pembunuh badan ini menawan rumah kediaman dan membunuh Abu Jihad, timbalan Yasser Arafat yang dianggap sebagai perancang utama dalam operasi PLO menentang Israel. Sinonim Mossad |
australopithecus | australopithecus | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Australopithecus bermaksud kera dari selatan. Nama ini diberikan oleh Raymond Dart pada tahun 1924 pada tengkorak yang ditemui di Taung, Afrika Selatan kerana tengkorak tersebut mempunyai ciri kera yang hampir dengan ciri manusia. Australopithecus mempunyai saiz otak yang lebih besar daripada saiz otak cimpanzi walaupun saiz tempurung otaknya sama dengan saiz tempurung cimpanzi. Gigi taring dan gerahamnya hampir sama dengan ciri milik manusia kerana cara mengunyah dari kiri ke kanan dan bukan dari depan ke belakang seperti kera, dan mempunyai susunan gigi yang mendatar seperti gigi manusia. Berdasarkan penemuan di Olduvai, Tanzania, dipercayai Australopithecus telah menghasilkan artifak pebel. Terdapat pelbagai spesies Australopithecus, iaitu A, boisei, A.africanus dan A. robustus. Penemuan tertua di Omo Valley, Ethiopia berusia sekitar tiga juta tahun. |