ethical universalism | universalisme etika/semestaisme etika | Kesenian | Tiada | Tiada |
work ethics | etika kerja | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang akan menghasilkan sifat pekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. Etika yang murni akan membentuk imej positif organisasi tersebut. Etika kerja juga mempunyai hubungan yang rapat dengan tingkah laku kakitangan dan budaya yang diamalkan dalam organisasi. Etika ini sering kali dibincangkan dalam konteks nilai, kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap kepentingan organisasi. Contohnya, sikap tidak curi tulang sewaktu bertugas, menggunakan kad perakam waktu dengan jujur, menjaga kerahsiaan organisasi dan keselamatan peralatan organisasi. |
code of ethic | kod etika | Pengurusan | Perancangan | Suatu garis panduan lazimnya secara bertulis, yang ditetapkan oleh pengurusan organisasi sebagai rujukan untuk pekerja melaksanakan tindakan dan menunjukkan perilaku yang berlandaskan nilai baik dan beretika. Tujuan kod etika digariskan adalah untuk memelihara imej baik organisasi dari sudut pemerhatian pelanggan dan pihak berkepentingan. Kod etika yang berbeza antara organisasi bergantung pada visi dan misi serta budaya yang ingin diterapkan. Garis panduan kod etika juga diguna pakai dalam perlakuan profesional sesuatu bidang tugas seperti kewartawanan, perundangan dan kedoktoran. Contoh kod etika bagi pengamal perubatan adalah mengutamakan kepentingan dan keselamatan pesakit berbanding dengan kepentingan peribadi atau keuntungan semata-mata. Lihat juga tanggungjawab etika. |
organisational ethics | etika organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Amalan atau budaya kerja yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi berdasarkan tatacara yang mempunyai nilai-nilai murni. Antara unsur penting dalam etika organisasi termasuklah menepati waktu, bertanggungjawab, sopan santun, berbudi bahasa, telus, ikhlas dalam menjalankan tugas, mematuhi arahan dan memelihara keselamatan dan kepentingan harta organisasi. Persekitaran organisasi biasanya memainkan peranan penting dalam membentuk etika organisasi selain daripada peraturan organisasi, sikap pihak pengurusan atasan dan bentuk kerja atau tanggungjawab kakitangan. Etika berbeza dari sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain, misalnya, terdapat organisasi yang membenarkan kakitangannya berpakaian singkat atau mendedahkan dengan hasrat menonjolkan imej moden organisasi tersebut, manakala organisasi tertentu khasnya organisasi awam mempunyai etika tersendiri yang berasaskan adat dan budaya tempatan. |
ethics committee | jawatankuasa etika | Perubatan | Tiada | Jawatankuasa yang dibentuk oleh sesebuah institusi untuk mengawal selia penyelidikan dari segi etika agar penyelidikan tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai peradaban, moral, agama dan norma sesuatu tempat sama ada yang melibatkan manusia atau binatang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai bidang seperti sains, perubatan, undang-undang, agama, sosial serta orang awam agar semua aspek etika penyelidikan dapat diteliti. Setiap penyelidikan terhadap manusia atau binatang perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan. |
management ethics | etika pengurusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Amalan yang menjadi tonggak pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi. Etika pengurusan biasanya dilihat dari aspek disiplin, budaya organisasi, pematuhan terhadap peraturan, kaedah kepimpinan yang diguna pakai, hubungan majikan dengan kakitangan, kebajikan dan keselamatan pekerja, serta matlamat dan wawasan organisasi. Pekeliling Perkhidmatan Awam, Kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Tonggak 12 dan Penerapan Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam menjadi garis panduan kepada pembentukan etika pengurusan. Contohnya, kaedah pengambilan kakitangan baru yang berlandaskan keupayaan dan kelayakan seseorang individu dan bukannya berdasarkan kepentingan peribadi. |
professional ethics | etika ikhtisas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Lihat etika profesional. |
axiological ethics | etika aksiologi | Pendidikan | Tiada | Sebarang etika yang menjadikan teori tanggungjawab bergantung sepenuhnya kepada teori nilai dengan menentukan sesuatu tindakan tersebut betul berdasarkan pertimbangan nilai atau kebaikannya. |
environmental ethics | etika alam sekitar | Kejuruteraan | Tiada | Pendapat atau falsafah yang membincangkan nilai etika persekitaran, termasuk hak-hak hidupan dan sistem persekitaran. |
environmental ethic | etika alam sekitar | Landskap | Tiada | Cabang falsafah yang berkaitan dengan hal ehwal etika persekitaran seperti pengurusan lahan secara mapan. |