milk ‘ain | pemilikan barang | Perniagaan Islam | Tiada | Pemilikan fizikal sesuatu barangan, sedangkan faedahnya dinikmati pihak lain. Oleh itu, pemilik barang tidak menikmati faedah barang tersebut selagi hak mendapat faedah (haqq intifa‘) berada dalam pemilikan pihak lain. Pemilik barang juga tidak boleh melakukan sesuatu tindakan terhadap barang tersebut yang boleh merosakkan atau mengurangkan faedahnya. Contohnya, pemilik rumah sewa tidak boleh mengubah suai atau menjual rumah tanpa memaklumkan kepada pemilik faedah, iaitu penyewa. Sinonim milk riqbah. Banding milk manfa’ah. |
tax-exempt bond | bon bebas cukai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang faedahnya terlepas daripada cukai. |
milk tamm | pemilikan sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Pemilikan sesuatu benda berserta faedahnya secara kekal. Pemilik mempunyai hak menggunakan dan menikmati benda secara mutlak dalam urusan yang diharuskan oleh syarak mengikut kemahuannya. Pemilik bebas melakukan urus niaga barang seperti jual beli, hibah, wakaf, wasiat serta gadaian, dan urus niaga faedah seperti sewaan, pinjaman dan penggunaan tanah untuk bercucuk tanam. |
floating rate bond | bon kadar terapung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon dengan kadar faedahnya berubah-ubah dengan kadar faedah jangka pendek. |
graded schedule scheme | skim jadual bergred | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Skim pencen berinsurans yang faedahnya dikira mengikut pendapatan setiap tahun keahlian. |
installment refund annuity | anuiti bayaran ansuran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anuiti yang memastikan bayaran faedahnya terus dibuat sehingga anuitan atau warisnya memperoleh kembali harga belian anuiti tersebut. |
usul ma‘nawiyyah | aset maknawi | Perniagaan Islam | Tiada | Harta bernilai yang dapat diambil faedahnya seperti kenderaan atau bilik hotel yang disewakan, dan mesin atau bangunan yang dipajakkan. Pihak yang menyewa disifatkan mempunyai aset maknawi sedangkan aset benar dimiliki oleh pemilik aset. |
variable rate debt instrument | instrumen hutang kadar berubah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Terbitan hutang yang kadar faedahnya berubah-ubah mengikut perubahan sesuatu indeks yang ditetapkan, misalnya indeks harga pengguna, kadar faedah utama dan sebagainya. |
ijarah mal | sewaan harta | Perniagaan Islam | Tiada | Akad sewaan harta tertentu untuk diambil atau digunakan faedahnya. Sewaan harta hukumnya harus di sisi syarak dengan dinyatakan jumlah bayaran serta tempohnya. Contohnya, sewaan harta untuk mendapatkan keuntungan secara bulanan, seperti menyewakan rumah, kereta dan tanah. |
i‘arah | peminjaman | Perniagaan Islam | Tiada | Proses pinjaman sesuatu barangan kekal seperti kenderaan dan peralatan yang boleh dinikmati faedahnya tanpa dikenakan bayaran. Contohnya, A mengatakan kepada B, “Pinjamkan kereta awak kepada saya”, lalu B menjawab: “Saya pinjamkan”. |