directory | direktori | Teknologi Maklumat | Tiada | Senarai fail dan/atau subdirektori mengikut susunan kelompok logikal yang tersimpan di dalam storan seperti cakera keras, disket, CD-ROM, DVD ROM dan sebagainya. Direktori memberikan gambaran ilusi yang fail-fail disimpan pada bahagian yang sama tetapi sebenarnya fail-fail berkenaan bertaburan. Lokasi sebenar fail-fail disimpan ditunjukkan dalam jadual penempatan fail (FAT). Direktori menyenaraikan nama, sambungan, saiz, tarikh dan masa cipta, tarikh dan masa kemas kini, dan jenis fail. Istilah direktori digunakan oleh sistem pengendalian berasaskan aksara seperti Unix dan DOS (lihat rajah di bawah) manakala sistem pengendalian berasaskan GUI seperti MacOS dan Windows menggunakan istilah folder. Sinonim folder. Contoh direktori pada sistem pengendalian MS-DOS. Contoh folder (direktori) pada Windows XP. |

zip | zip | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang seolah-olah membungkus satu set fail ke dalam sebuah fail atau arkib yang disebut fail zip. Biasanya fail-fail di dalam fail zip dimampatkan supaya ia menggunakan ruang storan yang kurang atau menjimatkan masa untuk menghantar fail tersebut kepada seseorang. Antara atur cara zip yang popular adalah PKZIP untuk sistem pengendalian DOS, WinZip dan NetZIP untuk Windows, MacZip untuk Macintosh dan zip dan UnZip untuk sistem UNIX. Fail zip yang diterima perlu diekstrak dan dinyahmampat dengan menggunakan atur cara zip yang sama jenis. |
folder | folder | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu teknik pengurusan fail yang menyusun fail-fail dalam satu bekas logik. Kebiasaannya fail ini akan disusun mengikut kategori penggunaan. Contohnya folder control panel mengandungi sekumpulan fail aplikasi. Lihat direktori. |
address table | judul arah kedudukan | Perpustakaan | Tiada | 1. Fail-fail akses rambang yang lokasi tetapnya ditandakan pada setiap entri. 2. Senarai yang menghubungkan istilah utama bagi setiap entri kepada lokasi entri tersebut. |
archive file | fail arkib | Teknologi Maklumat | Tiada | Fail yang mengandungi beberapa fail lain yang berkaitan, biasanya dalam format mampat seperti fail zip yang bertujuan untuk mengurangkan saiz fail dan membuat penghantaran kepada penerima. Fail ini boleh disebarkan secara muat atas atau muat turun kepada Internet atau daripada Internet. Kebanyakan perisian disebarkan secara percuma, seperti perisian kongsi diletakkan dalam arkib yang mengandungi kesemua atur cara yang berkaitan termasuk dokumentasi dan berkemungkinan data. Perisian antivirus sukar mengesan virus pada fail ini kerana telah dimampatkan terlebih dahulu. |
binary file | fail perduaan | Teknologi Maklumat | Perisian | Fail komputer bagi sebarang jenis data yang dikodkan dalam bentuk perduaan untuk tujuan penyimpanan dan pemprosesan. Fail ini boleh dalam bentuk fail teks (.txt) ataupun fail data (.dat). Fail ini kebanyakannya digunakan dalam pemprosesan imej bagi tujuan pensegmenan. Angka 0 mewakili piksel hitam dan angka 1 mewakili piksel putih. Angka ini juga digunakan untuk mewakili keamatan imej bagi tujuan pengambangan. |
data file | fail data | Teknologi Maklumat | Perisian | Fail komputer untuk menyimpan data yang digunakan oleh aplikasi komputer atau sistem komputer. Fail ini merujuk secara khusus kepada maklumat yang digunakan sebagai input atau output bagi beberapa atur cara perisian. Maklumat fail data ini penting terutamanya dalam melakukan penyahpepijatan bagi sesuatu atur cara. Walau bagaimanapun, fail data tidak mengandungi perintah, kod sumber, operasi, struktur aplikasi atau struktur sistem. Terdapat dua jenis fail data, iaitu fail data terbuka dan fail data tertutup. Contoh pengekodan fail data terbuka dan fail data tertutup dalam bahasa C masing-masing adalah seperti yang berikut: Fail data terbuka: 1. FILE *fopen(const char *path, const char *mode); FILE *freopen(const char *path, const char *mode, FILE *fp); Fail data tertutup: 2. int fclose(FILE *fp); |
joint photographic experts group (JPEG) | kumpulan pakar fotografi bersama (JPEG) | Teknologi Maklumat | Tiada | Jawatankuasa yang menentukan piawai untuk format fail grafik. Format fail JPEG ialah format fail yang menyimpan imej peta bit. Format fail ini ialah format fail yang dimampat dengan kehilangan sedikit kualiti semasa pemampatan. JPEG merupakan format web yang popular untuk gambar bersaiz kecil. JPEG adalah fail format untuk .jpg, .jpeg dan .jpe. |
data processing | pemprosesan data | Matematik | Tiada | Operasi yang dilakukan terhadap data, biasanya oleh peralatan elektronik automatik, untuk menerbitkan maklumat atau untuk memperoleh tertib di antara fail-fail. |