Elizabethan Poor Law | Undang-undang Fakir Elizabeth | Sejarah | Tiada | Tiada |
nonnarrative folksongs | nyanyian rakyat tankisahan | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian rakyat yang dikisahkan melalui puisi. Contoh: Syair Bidasari. I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat; Di karang fakir dijadikan hikayat , Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari ; Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkara ; Sangat tiada merasai susah , Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri; Beberapa bulan beberapa hari, Halamilah puteri permaisuri. [hlm. 1 - 4] |
waqf acceptor | mauquf ''alaih | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pihak yang diberi hak untuk menerima manfaat daripada sesuatu harta wakaf. Penerima wakaf boleh terdiri daripada ahli keluarga untuk wakaf zurri atau bukan ahli keluarga wakif untuk wakaf khairi. Penerima wakaf bukan ahli keluarga boleh terdiri daripada golongan khusus seperti anak yatim, fakir dan miskin atau golongan umum seperti orang awam. Anak yatim dianggap golongan khusus untuk menggunakan harta wakaf di pusat penjagaan mereka, manakala orang awam dianggap golongan umum semasa menggunakan masjid yang diwakafkan. Penerima wakaf boleh juga terdiri daripada kafir zimmi tetapi bukan dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Terdapat beberapa golongan yang tidak layak menjadi penerima wakaf seperti bayi yang belum lahir, orang yang dijangka akan meninggal dunia dalam masa yang terdekat atas sebab-sebab tertentu dan institusi yang akan memberhentikan operasinya. Sinonim penerima wakaf. |
motive | motif | Kesusasteraan | Tiada | Unit tema terkecil dalam sesebuah cerita atau naratif. Motif harus dibezakan dengan tema yang merupakan unit semantik yang lebih abstrak dan umum yang biasanya terdiri daripada beberapa motif. Motif mungkin berupa sesuatu kejadian, sifat atau watak. Dalam cerita pari-pari atau lipur lara, penjelmaan� ialah satu motif, begitu juga �pembuangan�. �fitnah�, �fakir� �ibu tiri� dan sebagainya. Motif yang berulang-ulang dalam sesebuah naratif disebut sebagai leit-motif. Istilah ini dalam bahasa Jerman bermaksud �motif panduan�. |