scholasticism | skolastisisme | Pendidikan | Tiada | Sistem falsafah zaman pertengahan yang menggabungkan falsafah Aristotle dengan falsafah keagamaan. |
constructivism | konstruktivisme | Kesenian | Seni Bina | Falsafah seni dan seni bina yang berasal dari Rusia bermula pada tahun 1919, yang menolak idea autonomi. Falsafah seni ini menyokong seni sebagai amalan untuk tujuan sosial. Konstruktivisme mempunyai kesan yang besar kepada pergerakan seni moden abad ke-20, dan mempengaruhi aliran utama seni bina seperti gerakan Bauhaus dan De Stijl. Contoh projek seni bina yang berdasarkan falsafah konstruktivisme ialah bangunan Tatlin�s Tower oleh Vladmir Tatlin, yang dibangunkan pada tahun 1919 dengan menggunakan bahan-bahan baharu seperti besi. |
thomism | thomisme | Pendidikan | Tiada | Falsafah yang diperkenalkan oleh St. Thomas Aquinas berlandaskan falsafah realisme. |
existentialism | eksistensialisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangk |
platolism | platolisme | Pendidikan | Tiada | Falsafah yang berasaskan pemikiran Plato yang terkenal dengan pegangan atau falsafah idealisme. |
essentialism | esensialisme | Pendidikan | Tiada | Falsafah pendidikan yang memberikan tumpuan kepada sesuatu pengetahuan dan kemahiran yang penting. Falsafah ini perlu dimasukkan dalam kurikulum serta perlu dikuasai oleh pelajar pada tahap yang tinggi. |
transcendantalism | transendentalisme | Kesusasteraan | Tiada | Pergerakan falsafah dan sastera idealis yang bermula di bawah pengaruh pergerakan Romantik Jerman dan Inggeris. Transendentalisme ini memerikan suasana pemikiran dan rasa hati manusia berdasarkan prinsip pengetahuan intuitif ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804), dan seperti yang diungkapkan oleh goethe, Carlyle, dan Coleridge. Gerakan ini menekankan dimensi rohani dan mistik pada diri manusia serta kewujudan dimensi alam yang melewati alam pancaindera. Secara lebih khusus, golongan transendentalis merupakan reformis sosial, penulis dan pemikir Amerika pada awal abad ke-19. Golongan ini bersama-sama membangunkan falsafah yang bersifat tidak konformis (non-conformist) dan individualistik, dengan menolak agama berstruktur atau formal. Mereka meraikan unsur ketuhanan dalam diri setiap manusia, dengan mempercayai bahawa kesedaran dalaman atau rohani manusia adalah bersifat ketuhanan. Persis kaum panteis, bagi mereka tuhan hadir secara pasti (imminent) dalam alam dan diri manusia. Jiwa hadir dalam segal |
protection philosophy | falsafah perlindungan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penerangan tidak formal tentang reka bentuk suatu sistem maklumat terautomasi yang tertumpu kepada mekanisme keselamatan yang digunakan. Gabungan falsafah perlindungan sebegini dengan perincian keupayaan keselamatan yang lebih formal diperlukan untuk membuktikan mekanisme keselamatan yang wujud dalam sistem maklumat tersebut memadai untuk menjamin keselamatan komputer. |
Marxism | fahamam Marx | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Fahaman yang meliputi falsafah ekonomi dan politik berasaskan pemikiran Karl Marx. Kaedah falsafah Marx ialah materialisme dialektik yang mengatakan ekonomi sebagai penentu dalam sejarah. Oleh itu, sejarah sesebuah masyarakat merupakan sejarah perjuangan kelas. Menurut fahaman ini, sesuatu kelas masyarakat hanya boleh memerintah selagi mereka mewakili kumpulan masyarakat yang produktif dari segi ekonomi. Contohnya, dalam masyarakat kapitalis moden, kelas bourgeois (kapitalis) telah memusnahkan golongan bangsawan feudal yang tidak lagi produktif. Kelas bourgeois ini bertanggungjawab menubuhkan susunan industri baru. Peringkat seterusnya ialah perjuangan golongan proletariat atau pekerja industri untuk menggantikan golongan kapitalis. Proses dinamik yang berterusan ini akhirnya akan mewujudkan masyarakat tanpa kelas. Golongan komunis telah menggunakan faham Marxis sebagai dogma mereka. Pemimpin politik seperti Vladimir Ilyich Lenin, Joseph Stalin dan Mao Zedong ialah individu yang menyokong fahaman Marxis dan m |
decision philosophy | falsafah keputusan | Pengurusan | Perancangan | Suatu corak pemikiran yang mempengaruhi keputusan dan ketetapan yang dipilih sebagai tindakan atau penyelesaian bagi sesuatu situasi yang mempunyai beberapa alternatif. Keputusan yang diambil lazimnya melibatkan pilihan daripada alternatif-alternatif yang dipertimbangkan dan komitmen yang dibuat kepada pilihan tersebut. Faktor yang mempengaruhi falsafah keputusan termasuklah matlamat, pegangan diri dan pemikiran pihak yang membuat keputusan dalam mengenal pasti dan menilai alternatif yang dijana untuk pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan. Contohnya, pengurus yang memandang tinggi budaya Jepun akan cenderung menjana dan memilih alternatif yang memenuhi ciri-ciri yang menyokong pandangan dan keputusannya. |